Pelanjutan pajakan tapak sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas

Kerajaan telah mempertimbangkan permohonan Lembaga Pengelola Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Bukit Nanas untuk menyambung tempoh pegangan pajakan tanah tapak sekolah itu yang akan tamat pada 6 September 2021.

Apr 24, 2021

Kerajaan telah mempertimbangkan permohonan Lembaga Pengelola Sekolah Menengah  Kebangsaan (SMK) Convent Bukit Nanas untuk menyambung tempoh pegangan pajakan  tanah tapak sekolah itu yang akan tamat pada  6 September 2021.

Setelah meneliti dan mengambil kira  kepentingan sumbangan SMK Convent Bukit  Nanas kepada pendidikan negara sejak 1899,  Kerajaan telah bersetuju supaya tempoh  pegangan pajakan bagi SMK Convent Bukit  Nanas yang terletak di Seksyen 49, Jalan  Bukit Nanas, Kuala Lumpur dilanjutkan untuk tempoh 60 tahun.

Kebenaran ini diberikan khusus untuk tujuan pendidikan sahaja.

Ketua Setiausaha Negara bersama Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan  juga telah mengadakan pertemuan dengan Sr  Theresa Chua Siu Yan, Lady Superior of the  Society of Saint Maur yang mewakili Lembaga Pengelola SMK Convent Bukit Nanas dan  kedua-dua pihak bersetuju dengan cadangan  penyelesaian yang dibincangkan.

Semoga dengan keputusan ini, SMK Convent Bukit Nanas akan terus melakar kejayaan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan dalam melahirkan modal insan negara  yang berkualiti tinggi.

PEJABAT PERDANA MENTERI
22 April 2021

Total Comments:0

Name
Email
Comments