Peluang memberi dan menerima
Pada dasarnya, itu cukup mudah untuk difahami. Ringkasnya, kita semua diminta untuk mengasihi Tuhan dan saling mengasihi sesama. Perintah ini juga sama untuk semua orang.
Jul 05, 2024

Apa tanggungjawab yang telah diberikan kepada anda? Apakah keperluan dan kesakitan orang lain yang merupakan tanggungjawab tidak boleh diabaikan bagi anda?
Apakah keadaan yang boleh menggugat kebebasan anda? Apakah situasi anda harus hadapi atau tidak dapat melarikan diri dari situasi itu, yang memerlukan anda bertindak balas, mungkin juga boleh mengganggu kehidupan anda? Apakah perkara yang anda tidak dapat elakkan?
Ini adalah soalan penting, tidak mudah untuk dijawab. Ini adalah soalan-soalan penting dalam melihat panggilan atau kerjaya seseorang: apakah tugas istimewa yang diminta setiap daripada kita sebagai tanggungjawab dalam hidup kita?
Setiap daripada kita datang ke dunia ini dengan panggilan yang diberikan Tuhan.
Pada dasarnya, itu cukup mudah untuk difahami. Ringkasnya, kita semua diminta untuk mengasihi Tuhan dan saling mengasihi sesama. Perintah ini juga sama untuk semua orang.
Namun, di sebalik perintah itu, sebenarnya ia tidak sama bagi semua orang kerana kerana kita semua dilahirkan dan menghadapi keadaan yang berbeza dalam hidup.
Kita dilahirkan dalam keluarga yang berbeza, negara yang berbeza, masa yang berbeza dalam sejarah, budaya yang berbeza, situasi kemiskinan atau kemewahan yang berbeza, kepercayaan yang berbeza, jenis kecerdasan yang berbeza, kebolehan semula jadi yang berbeza, dan tubuh fizikal yang berbeza yang sangat berbeza dari segi kesihatan, kekuatan dan daya tarik fizikal.
Ahli falsafah memanggil keadaan ini sebagai “kewujudan” anda. Dalam hal ini, secara khususnya, seperti kepingan salji, tiada dua orang yang pernah sama.
Dan keunikan itu akan mewarnai dan mungkin secara asasnya menentukan kerjaya anda dan membantu anda menjalankan tanggungjawab seperti yang diberikan kepada anda.
Inilah risikonya. Kita semua dilahirkan bebas, ya, tetapi banyak perkara yang mengerah dan menyekat kebebasan kita.
Izinkan saya menggunakan contoh peribadi. Saya dilahirkan sebagai anak kedua belas dalam keluarga yang besar. Ibu bapa saya, petani yang merupakan pendatang generasi pertama yang, selama bertahun-tahun berkahwin dan membesarkan anak, tidak dapat menyara keluarga kami sepenuhnya dengan penapatan dari ladang sahaja.
Kami memerlukan sedikit pendapatan tambahan. Selain itu, komuniti luar bandar pedalaman kami hanya mempunyai sebuah sekolah rendah dan mana-mana pendidikan selepas gred lapan, perlu meninggalkan rumah untuk ke sekolah berasrama penuh, sesuatu yang ibu bapa saya tidak mampu.
Disebabkan itu, lima orang adik saya terpaksa menamatkan pendidikan mereka selepas sekolah rendah, bukan kerana mereka mahu atau kerana mereka tidak mempunyai keinginan atau kecerdasan untuk pendidikan tinggi, sebaliknya kerana keperluan kewangan kami dan ketiadaan sekolah menengah tempatan, memerlukan mereka meninggalkan sekolah dan mengambil pekerjaan untuk membantu menyara keluarga.
Bagi mereka semua, terutama dua orang daripadanya, ini adalah pengorbanan yang sukar.
Segala-galanya dalam diri mereka sangat inginkan untuk lebih banyak kebebasan dan pilihan; tetapi, memandangkan keadaan mereka, inilah sahaja pilihan yang ada untuk mereka meneruskan hidup.
Dan pengorbanan itu, menyerahkan diri mereka untuk sesuatu yang melampaui diri mereka, sangat menentukan panggilan mereka dan peribadi mereka.
Sebahagian besar daripada mereka, mengorbankan banyak impian dan cita-cita mereka sendiri demi keluarga. Kerana mereka, saya berpeluang mendapatkan pendidikan yang diingini.
Walau bagaimanapun, dalam hal ini, mereka tidak luar biasa. Pengorbanan mereka turut dialami oleh berjuta-juta lelaki dan wanita di seluruh dunia: pendatang yang perlu mengorbankan cita-cita mereka sendiri untuk bekerja di ladang atau mengambil pekerjaan bergaji rendah untuk menyara keluarga mereka;
wanita muda dan lelaki dari negara membangun yang terpaksa meninggalkan keluarga mereka dan pergi ke luar negara untuk mencari wang bagi dihantar pulang kepada keluarga mereka; berjuta-juta orang muda yang tidak dapat menghadiri universiti kerana kos; banyak wanita dan lelaki yang perlu mengorbankan sepanjang hidup mereka untuk menjaga ibu bapa yang sakit atau tua; dan berbilion wanita yang terpaksa mengorbankan kerjaya untuk membesarkan anak.
Inilah tanggungjawab yang digalas oleh mereka dan pengorbanan mereka membantu membentuk nadi panggilan mereka.
Di sebalik perkara-perkara yang boleh mengekang kebebasan kita dan secara radikal menentukan kerjaya kita, masih terdapat perkara lain yang mungkin dapat membuka kebebasan kita dan dengan itu membantu menentukan kerjaya kita.
Contohnya kita mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang teguh berbanding mereka yang rapuh secara fizikal atau mental; mempunyai badan atlet berbanding mengalami kecacatan fizikal; menjadi lelaki alfa atau ratu berbanding menjadi orang yang dibuli dan dijauhi; bersikap agresif secara perangai berbanding bersikap lemah lembut dan bertolak ansur; atau menjadi orang yang datang dari keistimewaan berbanding menjadi orang yang datang dari latar belakang tanpa keistimewaan.
Setiap satu daripada ini bukan sahaja membantu menentukan kerjaya anda, tetapi juga membantu untuk melengkapkan anda secara khusus untuk kerjaya anda.
Jika anda berada di pihak yang rapuh dan terluka, kelemahan manusia yang kelihatan boleh memberi anda kuasa istimewa untuk menjadi penyembuh bagi orang lain.
Kerana kekecewaan dan kelukaan, anda mempunyai kuasa istimewa untuk menjadi penyembuh yang cedera.
Sebaliknya, jika anda berada di sisi istimewa, keistimewaan itu juga menentukan panggilan anda dan hadiah istimewa anda, iaitu, kini anda adalah orang banyak menerima pemberian dan akibat daripadanya ialah banyak yang diharapkan daripada anda. — Hakcipta terpelihara 1999-2024, Fr Ron Rolheiser
Total Comments:0