Pemandulan sengaja dalam perkahwinan, bolehkah?
Perjanjian Perkahwinan, dengan mana lelaki dan wanita membentuk antar mereka kebersamaan seluruh hidup, dari sifat kodratinya terarah pada kesejahteraan suami-isteri serta pada kelahiran dan pendidikan anak; oleh Kristus Tuhan Perkahwinan antara orang-orang yang dibaptis diangkat ke martabat Sakramen” (CIC can. 1055, 1).
May 08, 2014
Status saya sudah berkahwin dan belum memiliki anak. Apakah boleh jika saya dan isteri saya tidak ingin memiliki anak selamanya dengan alasan ekonomi atau mencari kebahagiaan hidup? Apakah boleh melakukan steril (memutus saluran telur isteri saya / sperma saya)? — Martin
Jawaban:
1. Mengenai Sterilisasi.
Sebenarnya, tujuan perkahwinan menurut ajaran agama Katolik adalah:
KGK 1601: Perjanjian Perkahwinan, dengan mana lelaki dan wanita membentuk antar mereka kebersamaan seluruh hidup, dari sifat kodratinya terarah pada kesejahteraan suami-isteri serta pada kelahiran dan pendidikan anak; oleh Kristus Tuhan Perkahwinan antara orang-orang yang dibaptis diangkat ke martabat Sakramen” (CIC can. 1055, 1).
Maka, kita ketahui di sini bahswa terdapat dua tujuan perkahwinan Katolik, yang tidak terpisahkan yaitu: 1) kesejahteraan suami isteri dan 2) kelahiran dan pendidikan anak. Dengan kedua-dua hal inilah maka pasangan yang berkahwin mendalami misteri kasih Tuhan kepada umat-Nya yang dilambangkan dengan perkahwinan, seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian Lama dan Baru Kitab Suci, di mana Kristus digambarkan sebagai mempelai laki-laki dan Gereja-Nya sebagai mempelai perempuan.
KGK 2369: “Dengan melindungi kedua aspek hakiki [dalam perkahwinan, yaitu]persatuan penuh cinta kasih/ unitive dan pembiakan/ procreative, maka hubungan di dalam perkahwinan secara penuh dan utuh mempunyai erti cinta kasih timbal balik yang sejati dan pengarahannya ke tugas mulia sebagai orang-tua, untuk mana manusia itu dipanggil” (Humanae Vitae 12).
Dalam Perjanjian Lama, Tuhan memerintahkan manusia untuk berkembang biak dan menguasai bumi (lih. Kej 1:28), maka sejak awal mula perkahwinan memang dimaksudkan Tuhan untuk mendatangkan keturunan bagi pasangan suami isteri. Maka kesuburan hendaknya dilihat sebagai berkat/sesuatu yang positif dan bukannya negatif. Katekismus mengajarkan:
KGK 2366: Kesuburan adalah satu anugerah, satu tujuan perkahwinan, kerana cinta suami isteri dari kodratnya bertujuan supaya subur.
Anak tidak ditambahkan dari luar pada cinta suami isteri yang timbal balik ini, dia lahir dalam inti dari saling menyerahkan diri itu, ia merupakan buah dan pemenuhannya. Kerana itu Gereja yang “membela kehidupan”, mengajar “bahawa tiap persetubuhan harus tetap diarahkan kepada kelahiran kehidupan manusia” (Humanae Vitae 11). …
KGK 2367: Suami isteri yang dipanggil untuk memberi kehidupan, mengambil bagian dalam kekuatan Pencipta dan ke-Bapa-an Tuhan Bdk. Ef 3:14; Mat 23:9... “Dalam tugas menyalurkan hidup manusiawi dan dalam tugas mendidik, yang harus dianggap sebagai perutusan mereka yang khas, suami-isteri menyadari diri sebagai mitra kerja cinta kasih Tuhan Pencipta dan bagaikan penerjemah- Nya. Maka dari itu hendaknya mereka menunaikan tugas mereka penuh tanggung jawab manusiawi serta kristiani” (Gaudium et Spes 50,2).
Oleh kerana itu, baik suami mahupun isteri selayaknya tidak menghalangi kemungkinan adanya kehidupan baru yang dapat Tuhan hadirkan sebagai buah kasih suami dan isteri. Begitu pasangan memasuki jenjang perkahwinan, seharusnya mereka menyedari bahawa mereka masuk dalam rencana kasih Tuhan, di mana pasangan tersebut merupakan mitra kerja Tuhan pada saat mereka bekerjasama dengan Tuhan untuk menghadirkan kehidupan baru dan membesarkan keturunan mereka sesuai dengan rencana Tuhan.
Dengan demikian pasangan tersebut menerapkan kasih yang total (total self-giving) baik kepada pasangan maupun kepada anak/ keturunan mereka, sehingga dengan demikian mereka menjalani panggilan hidup mereka sesuai dengan rencana Tuhan. Dengan panggilan hidup menjadi orang tua-lah pasangan itu bekerjasama dalam peran Tuhan membimbing umat-Nya, iaitu anak-anak yang dipercayakan Tuhan kepada mereka.
“Magisterium Gereja telah menyebutkan berkali-kali bahawa sterilisasi yang langsung/ disengaja itu tidak dibenarkan, sama ada dalam tempoh sementara atau berlanjutan bagi pihak lelaki atau perempuan.” -- Katolisitas
Total Comments:0