Pemberian rahmat yang percuma
Terdapat ketegangan di kalangan orang Kristian hari ini di kalangan mereka yang mahu menghulurkan belas kasihan Tuhan di mana-mana, tanpa sebarang syarat, dan mereka yang lebih pendiam dan bersikap memilih untuk menyalurkan kasih Tuhan.
Jul 01, 2022

Terdapat ketegangan di kalangan orang Kristian hari ini di kalangan mereka yang mahu menghulurkan belas kasihan Tuhan di mana-mana, tanpa sebarang syarat, dan mereka yang lebih pendiam dan bersikap memilih untuk menyalurkan kasih Tuhan.
Ketegangan ini paling jelas muncul dalam perdebatan, mengenai siapa yang boleh menerima sakramen: Siapakah yang harus dibenarkan untuk menerima Ekaristi? Siapa yang patut dibenarkan berkahwin di dalam gereja? Siapa yang patut dibenarkan dikebumikan secara Kristian? Bila seorang paderi harus menahan absolusi dalam pengakuan?
Walau bagaimanapun, polemik ini lebih banyak kepada persoalan siapa siapa yang harus dibenarkan untuk menerima sakramen tertentu. Akhirnya, ini tentang bagaimana kita memahami rahmat dan belas kasihan Tuhan.
Contoh jelas dalam hal ini pada hari ini ialah tentangan yang semakin meningkat, terhadap beberapa sektor dan pendekatan Sri Paus Fransiskus.
Bagi pengkritik Bapa Suci Fransiskus, mereka melihat Fransiskus sebagai seorang yang lembut dan berkompromi.
Bagi mereka, Sri Paus Fransiskus sangat mudah memberikan berkat tanpa sekatan, menjadikan Tuhan dan belas kasihan-Nya mudah dicapai seperti aliran air dari paip yang terdekat.
Dia menawarkan pelukan Tuhan kepada semua. Tiada syarat yang diminta. Tidak perlu bertaubat terlebih dahulu.
Seseorang itu tidak dituntut untuk berubah terlebih dahulu. Dia menawarkan berkat untuk semua. Tanpa kos.
Apa yang perlu dikatakan tentang ini? Jika kita mencurahkan rahmat dan belas kasihan Tuhan dengan sewenang-wenangnya, bukankah agama Kristian ini akan kehilangan banyak ‘garam’ dan ‘raginya’?
Bolehkah kita memeluk dan memberkati semua orang tanpa sebarang syarat moral? Bukankah Injil bermaksud yang sebaliknya?
Nah, frasa murahan murah ialah oxymoron. Tidak ada perkara seperti berkat yang murah. Semua berkat, mengikut definisi, tidak seperti berkat yang ringkas, mengikut definisi, berkat tidak meminta syarat tertentu untuk dipenuhi untuk ditawarkan dan diterima.
Intipati rahmat adalah bahawa ia adalah hadiah, percuma meskipun tidak layak. Dan, walaupun pada hakikatnya berkat sering membangkitkan tindak balas cinta dan perubahan hati, ia tidak dengan sendirinya menuntut mereka melakukan demikian.
Tidak ada contoh yang lebih kuat tentang hal ini selain perumpamaan Yesus tentang anak yang hilang dan bagaimana Dia menggambarkan kasih karunia bertemu dengan kesesatan. Kita tahu ceritanya.
Anak yang hilang meninggalkan dan menolak bapanya, mengambil warisan yang belum diperolehnya, pergi ke negeri asing (tempat yang jauh dari bapanya) dan membazirkan wang untuk mengejar kesenangan.
Apabila dia telah mensia-siakan segala-galanya, dia memutuskan untuk kembali kepada ayahnya, bukan kerana dia tiba-tiba menyedari dan diperbaharui tetapi kerana dia lapar.
Dia masih mementingkan diri. Dan, kita tahu apa yang berlaku. Ketika dia masih jauh dari rumah ayahnya, ayahnya (tidak syak lagi merindui kepulangannya) berlari keluar untuk menemuinya dan, sebelum anaknya sempat meminta maaf, si bapa memeluknya tanpa syarat, membawanya kembali ke rumah dan menyediakan perayaan khas untuknya. Ini boleh dikatakan berkat yang diberikan begitu sahaja!
Perhatikan kepada siapa perumpamaan ini diucapkan. Ia ditujukan kepada sekumpulan orang beragama yang warak, sangat kecewa kerana melihat Yesus makan bersama dengan orang berdosa (tanpa terlebih dahulu menuntut beberapa prasyarat moral) Yesus dilihat merendahkan nilai berkat, menjadikan kasih dan belas kasihan Tuhan terlalu mudah diakses, seolah-olah ia kurang berharga.
Perhatikan juga reaksi ramai orang sezaman dengan Yesus apabila mereka melihat Dia makan bersama orang berdosa.
Contohnya, semasa dia makan bersama Zakheus, pemungut cukai, Injil menyatakan, “Semua orang yang melihatnya mula menggerutu.” Menarik, bagaimana rasa tidak puas hati itu berterusan.
Kenapa? Mengapa ada kebimbangan ini? Apa yang menyebabkan tercetusnya “rungutan” kita? Adakah kerana prihatin terhadap agama yang benar? Tidak juga.
Kebimbangan ini berakar bukan dari agama tetapi berlandaskan sifat kita dan luka kita. Penentangan kita terhadap pemberian percuma, ganjaran mudah, cinta tanpa syarat, rahmat yang tidak sepatutnya, berpunca daripada sesuatu di dalam naluri kita.
DNA yang menjadi beku disebabkan oleh luka kita. Gabungan alam semula jadi dan kesan luka dalam diri kita, menyebabkan cinta dan pengampunan tidak seharusnya diberi begitu sahaja tanpa menuntut pihak yang salah untuk berubah.
Dalam hidup ini, tiada makan percuma! Dalam agama, tiada rahmat percuma!
Konspirasi antara sifat dan luka kita sentiasa mengingatkan kita bahawa kita tidak dapat dicintai, dan cinta itu mesti dihargai; ia tidak boleh diberikan percuma kerana kita tidak layak.
Saya percaya, mengatasi suara dalaman yang sentiasa mengingatkan kita bahawa kita tidak disayangi, adalah perjuangan muktamad (psikologi dan rohani) dalam hidup kita.
Lebih-lebih lagi, jangan tertipu dengan protes sebaliknya. Orang yang pandai memancarkan betapa mereka disayangi dan membuat protes, kebanyakannya cuba untuk mengelakkan ketakutan itu.
Santo Paulus menulis suratnya kepada orang Roma sebagai mesej kematiannya. Dia menumpukan tujuh bab pertamanya untuk menegaskan berulang kali bahawa kita tidak dapat memperbaiki kehidupan kita. Kita tidak mampu dari segi moral.
Walau bagaimanapun, beliau sebenarnya menekankan berulang kali bahawa kita tidak dapat membetulkan kehidupan kita bahawa kita tidak perlu bersusah payah membetulkan segala-galanya dalam kehidupan kita.
Kita dikasihi walaupun berdosa, dan kita diberikan segala-galanya secara percuma, tanpa mengira sama ada kita telah berbuat jasa atau apa pun kebaikan.
Kegelisahan kita terhadap rahmat yang tidak sepatutnya diberikan dengan percuma, bukan sebab dituntut oleh agama, sebaliknya tercetus akibat rasa kurang selamat dari dalam diri kita. — Hakcipta Terpelihara 1999-2022 @ Fr Ron Rolheiser
Total Comments:0