Pemberkatan perkuburan Orang Asli di Port Dickson

Hari Para Arwah diperingati oleh Gereja Katolik di seluruh dunia pada setiap November 2.

Dec 01, 2024


PORT DICKSON: Hari Para Arwah diperingati oleh Gereja Katolik di seluruh dunia pada setiap November 2.

Sambil memperingati Kehidupan Kekal, biasanya paderi atau katekis mengunjungi serta memberkati kuburan pada hari tersebut.

Upacara pemberkatan perkuburan Orang Asli lewat dijalankan kerana beberapa fakor dan halangan seperti hujan, jalan sukar dilalui kerana berlumpur dan jauh dari kawasan kampung.

KED Gembala baik Orang Asli berterima kasih kepada paderi paroki Imaculate Conception yang baharu, Fr Edwin Paul yang bermurah hati datang menjalankan upacara ini.

Upacara ini merupakan satu permulaan bagi Fr Edwin Paul untuk mendekatkan diri dan bekerjasama dengan komuniti Orang Asli di Port Dickson.

Selepas upacara pemberkatan dijalankan, KED Orang Asli menjemput Fr Edwin Paul untuk menjamu makanan. --Lourincia CIC PD

Total Comments:0

Name
Email
Comments