Pemimpin pelbagai iman bincang pendidikan sebagai perangsang persaudaraan

Pemimpin agama dari pelbagai iman bertemu di Vatikan pada hari 5 Oktober lalu untuk membincangkan pendidikan sempena Hari Guru Sedunia.

Oct 09, 2021


TAKHTA SUCI:
Pemimpin agama dari pelbagai iman bertemu di Vatikan pada hari 5 Oktober lalu untuk membincangkan pendidikan sempena Hari Guru Sedunia.

Pertemuan antara agama itu merangkumi perwakilan Ortodoks, Muslim, Yahudi, Buddha, Sikh, Jain, Calvinis, Quaker, dan evangelikal yang berhimpun bersama Sri Paus Fransiskus.

Kumpulan itu mengeluarkan kenyataan bersama yang mendesak para guru untuk komited “meneliti cara-cara baharu memahami ekonomi dan politik, sebagai instrumen untuk melayani orang dan seluruh keluarga manusia, dan dengan tujuan ekologi holistik, dengan mengajar gaya hidup yang lebih menghormati alam sekitar.”

Pertemuan itu adalah sebahagian daripada Global Compact on Education yang dilancarkan oleh Sri Paus Fransiskus pada Oktober 2020.

Perwakilan agama juga meminta bentuk pendidikan yang menempatkan “manusia sebagai pusat setiap proses pendidikan” dan menghormati “martabat wanita untuk membangun bersama masa hadapan keadilan dan perdamaian.”

Patriark Ekumenikal, Bartholomew I dari Konstantinopel dan Ahmed al-Tayyeb, imam besar al-Azhar di Kaherah, Mesir, adalah antara peserta, bersama dengan Ayatollah Seyed Mostafa Mohaghegh Damad dari Tehran, Iran, dan seorang wakil dari Persatuan Buddha, Master Hsin-Tao.

Sri Paus Fransiskus menyampaikan ucapan kepada para pemimpin agama di Dewan Clementine, Istana Apostolik. “Agama mempunyai hubungan erat dengan pendidikan. Melalui agama, kita ingin menjadi perangsang kepada kegiatan-kegiatan pendidikan yang dapat memajukan persaudaraan sejagat di dunia,” ujar Sri Paus.

“Jika pada masa lalu, perbezaan membuat kita bertentangan, pada masa ini, kita melihat kekayaan dalam perbezaan ini yang membawa kepada Tuhan dan mendidik anak muda untuk hidup berdampingan secara damai dalam satu sama lain.”

“Sekiranya pada masa lalu, hak wanita, kanak-kanak dan yang paling miskin tidak selalu dihormati, hari ini kita komited dengan tegas untuk mempertahankan hak-hak tersebut dan untuk mengajar anak-anak muda menjadi suara untuk orang yang tidak bersuara,” katanya.

UNESCO menetapkan 5 Oktober sebagai Hari Guru Sedunia pada tahun 1994.

Sri Paus mengatakan bahawa kunci untuk dunia yang lebih bersaudara adalah pendidikan anak muda untuk saling menghargai “tidak kira di mana dia dilahirkan atau tinggal.”

“Pendidikan juga berkomitmen untuk mengasihi ibu kita Bumi, untuk menghindari pembaziran makanan dan sumber daya, dan untuk berbahagi harta yang Tuhan berikan kepada kita demi kesejahteraan semua orang. Seorang ahli fikir yang bukan Katolik pernah berkata:‘Tuhan sentiasa mengampuni, manusia juga sesekali memaafkan tetapi alam tidak pernah memaafkan,” katanya.

Pada akhir ucapannya, Bapa Suci meminta setiap pemimpin agama untuk meluangkan waktu untuk hening sekejap, “meminta Tuhan untuk menerangi fikiran kita sehingga dialog kita akan membuahkan hasil dan membantu kita dengan berani menempuh jalan cakerawala pendidikan baharu.” --CNA

Total Comments:1

Name
Email
Comments
Giong Umpil
Kita hanya perlu mengkaji sejarah Islam untuk mengetahui pandangan Islam terhadap orang bukan Islam mengenai apa-apa perikatan yang dibuat adalah tidak sah dan tidak perlu dimuaskan kerana semua orang kafir adalah musuh Islam. Lagipun, pemimpin mewikili agama Islam yang menghadiri pertemuan itu hanya mewakili kumpulannya, dan tidak akan diikhtiraf oleh pemimpin-pemimpin agama Islam seluruh dunia. Jika tidak percaya, tanyalah ustaz atau ustazah.