Pendidikan, pekerjaan, dialog, sarana mengekalkan keamanan

Mengekalkan keamanan di dunia hanya boleh dicapai dengan memenuhi keperluan generasi masa kini dan akan datang, ujar Takhta Suci semasa mengumumkan tema yang dipilih Sri Paus Fransiskus untuk perutusan Hari Keamanan Sedunia 2022.

Nov 20, 2021

VATIKAN: Mengekalkan keamanan di dunia hanya boleh dicapai dengan memenuhi keperluan generasi masa kini dan akan datang, ujar Takhta Suci semasa mengumumkan tema yang dipilih Sri Paus Fransiskus untuk perutusan Hari Keamanan Sedunia 2022.

"Pendidikan, pekerjaan dan dialog antara generasi: sarana untuk membina keamanan yang berkekalan” akan menjadi tema Hari Keamanan Sedunia yang diperingati setiap 1 Januari, demikian pengumuman yang dikeluarkan oleh Vatikan pada 13 November.

Vatikan mengatakan pendidikan, kerja dan dialog secara konsisten berkembang dan pesan daripada Sri Paus Fransiskus akan “memberikan renungan inovatif yang memberi jawaban akan keperluan semasa dan masa hadapan.”

Mesej Paus, kata pengumuman itu, akan menjadi ajakan bagi “membaca tanda-tanda zaman dengan mata iman, supaya arah perubahan ini membangkitkan persoalan-persoalan baharu dan lama, yang perlu dihadapi dan diselesaikan.”

Bapa Suci Fransiskus akan berusaha untuk menjawab soalan mengenai pendidikan dan bagaimana ia menyumbang kepada keamanan yang berkekalan, kata Vatikan. Sri Sri Paus juga akan membincangkan bagaimana pekerjaan dapat “bertindak balas kepada keperluan penting manusia mengenai keadilan dan kebebasan.”

Vatikan juga mengatakan, pesan keamanan Sri Paus juga akan melihat sejauh mana generasi bersolidariti antara satu sama lain dan sama ada kerajaan “berjaya dalam mewujudkan horizon keamanan.”

Pesan penuh Sri Paus untuk Hari Keamanan Sedunia, yang secara tradisinya dikeluarkan oleh Vatikan pada pertengahan Disember, dihantar, kepada pada diplomat Vatikan, kepada para pemimpin negara di seluruh dunia.-- ucanews.com

Total Comments:0

Name
Email
Comments