Pendoa Syafaat Profetik jalani retret di Pace Bene

Ahli-ahli Pendoa Syafaat Profetik atau Malaysia Prophetic Intercessors Group merupakan gabungan Kumpulan Pendoa Syafaat Profetik dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak serta Kumpulan Belia yang bernaung di bawah CHARIS Malaysia sejak Ogos 2021.

Dec 02, 2022


PAPAR: Ahli-ahli Pendoa Syafaat Profetik atau Malaysia Prophetic Intercessors Group merupakan gabungan Kumpulan Pendoa Syafaat Profetik dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak serta Kumpulan Belia yang bernaung di bawah CHARIS Malaysia sejak Ogos 2021.

Pada Nov 11-13 lalu, seramai 83 orang peserta telah menyertai Retret Pendoa Syafaat Profetik yang kali ketiga di Pusat Retret FSIC Pace Bene.

Retret ini dianjurkan oleh Sabah Prophetic Intercessors Group.

Para peserta yang hadir merupakan ahli-ahli Pendoa Syafaat Profetik dari pelbagai paroki termasuklah Sandakan, Tawau, Kota Kinabalu, Tambunan, Keningau, Ranau, Sipitang, Beaufort, Papar, Beluran, Inanam, dan juga Labuan.
Ini merupakan retret pertama secara fizikal selepas ditubuhkan dua tahun lalu. Retret pertama dan kedua telah diadakan secara maya.

Empat penceramah terkenal telah dijemput dalam retret itu iaitu Msgr Nicholas Stephen, Msgr Gilbert Lasius, Maurice Awit dan Anthony Lim. Kesemua penceramah juga merupakan ahli pendoa syafaat profetik.

Antara sesi yang disampaikan ialah: Berakar, bertumbuh dan berbuah menjadi Pendoa Syafaat Profetik yang Efektif; Diutus menjadi Garam dan Terang Dunia, Panggilan Hidup dalam Kekudusan, Panggilan Menjadi Pendoa Syafaat Profetik, Peperangan Rohani seorang Pendoa Syafaat Profetik dan Kepentingan Doa Syafaat Profetik di Masa Kini.

Antara isi penting yang disampaikan dalam ceramah-ceramah tersebut adalah betapa pentingnya doa syafaat profetik dalam kehidupan kita, yang membawa umat berdoa mengikut kehendak Tuhan, membiarkan Roh Kudus berdoa melalui kita, membawa perjuangan doa ke alam rohani dan biarkan Tuhan mengambil alih, dan mengajar kita untuk menantikan Tuhan.

Turut disampaikan dalam ceramah adalah apabila kita setia dan terus bertekun di dalam doa, maka kehidupan rohani kita akan bertumbuh dan menjadi kuat. — SPIG, Elne

Total Comments:1

Name
Email
Comments
Masundim Manupi [email protected]
Shalom. Saya mohon sokongan doa. Anak kepada anak buah saya Eccozian Rdwin berumur 5 hati bermasalah paru-paru dan jantung tolong sokongan doa daripada pdt.