Pengampunan Apostolik
Ketika seseorang semakin dekat dengan pintu kematian, ada satu berkat khusus untuknya bagi saat yang suci iaitu: Pengampunan Apostolik.
Mar 28, 2024
Ketika seseorang semakin dekat dengan pintu kematian, ada satu berkat khusus untuknya bagi saat yang suci iaitu: Pengampunan Apostolik.
Pengampunan Apostolik boleh diberikan oleh mana-mana paderi dan ia mempunyai kuasa istimewa untuk menghapuskan semua hukuman duniawi akibat dosa.
Ia adalah doa yang indah dan bertujuan untuk mempercepatkan jiwa yang bertaubat ke pintu Syurga, menghapuskan hukuman akibat dosa yang telah mereka akui, atau sekurang-kurangnya, telah bertaubat sepenuhnya dari dalam hati mereka.
Ia tidak menjamin seseorang akan terus ke Syurga, tetapi ia membersihkan segala-galanya agar jiwa boleh bebas memilih untuk berlari ke arah dakapan Yesus.
Ensiklopedia Katolik memberi penerangan apa itu Pengampunan Apostolik dan keperluan untuk melaksanakannya.
“Pengurapan orang sakit biasanya digantikan dengan pemberian berkat Apostolik atau biasanya disebut “berkat terakhir”.
Untuk berkat ini, indulgensi pleno dilampirkan, untuk diperolehi, bagaimanapun, hanya pada saat kematian, iaitu ia diberikan nunc pro tunc. Ia dianugerahkan berdasarkan fakulti khusus yang diberikan kepada para uskup dan oleh mereka diwakilkan secara umum oleh paderi.
Syarat-syarat yang diperlukan untuk memperoleh Pengampunan Apostolik ialah penyembahan kepada Nama Suci Yesus sekurang-kurangnya secara mental, tindakan penyerahan iaitu orang yang hampir mati menyatakan kesediaannya untuk menerima semua penderitaannya sebagai penebusan dosa-dosanya dan menyerahkan dirinya sepenuhnya kepada kehendak Tuhan…
Menurut Sto Augustine, “walau serapuh mana pun kehidupan yang telah dilalui, tidak ada orang Kristian yang mengalami ‘kematian’ tanpa pertaubatan.”
Doa adalah tindakan belas kasihan yang tertinggi dan mempunyai kuasa yang besar, menggunakan kuasa yang diberikan kepada Sto Petrus untuk “mengikat dan melepaskan” (Matius 16:19).
Ia adalah hadiah kepada jiwa di ranjang kematian mereka dan mempunyai manfaat tambahan untuk memberikan kedamaian kepada keluarga dan rakan-rakan, meyakinkan mereka bahawa mereka telah melakukan semua yang mereka boleh, demi membawa jiwa lebih dekat ke pintu syurga.
Pengampunan Apostolik biasanya diberikan dengan Sakramen Pengurapan Orang Sakit.
Katekismus Gereja Katolik (KGK) menjelaskan tentang sakramen Pengurapan.
KGK 1511: Gereja percaya dan mengakui bahawa di antara tujuh Sakramen ada satu yang sangat khusus ditentukan untuk menguatkan orang-orang yang diubai oleh penyakit: Urapan Orang Sakit.
“Urapan Orang Sakit yang kudus ini ditetapkan oleh Kristus Tuhan kita, sebagai Sakramen Perjanjian Baru yang sebenarnya dan sesungguhnya, dikatakan oleh Markus (Bdk. Mrk 6:13) tetapi dianjurkan kepada orang beriman dan diumumkan oleh Yakobus, Rasul dan saudara Tuhan.”
KGK 1514: Urapan orang sakit “bukanlah Sakramen bagi mereka yang berada di ambang kematian saja. Maka saat yang baik untuk menerimanya pasti sudah tiba, bila orang beriman mulai ada dalam bahaya maut kerana menderita sakit atau sudah lanjut usia.”
KGK 1515: Kalau seorang sakit yang telah menerima urapan ini sihat kembali, maka dia dapat menerima lagi Sakramen ini semasa kembali sakit berat. Digalakkan agar seorang yang menghadapi operasi besar untuk menerima Urapan Orang Sakit. Demikian juga berlaku untuk orang tua uzur yang kekuatannya mulai melemah.
KGK 1516: Hanya paderi (Uskup dan presbiter) adalah pemberi Urapan Orang Sakit. Para pastor mempunyai kewajiban untuk mengajar umat beriman mengenai daya guna yang menyelamatkan dari Sakramen ini. Umat beriman hendaknya menggalakkan orang sakit, supaya memanggil paderi dan menerima Sakramen ini.
Orang sakit harus mempersiapkan diri untuk itu, supaya menerimanya dalam keadaan batin yang baik. Para pastor dan seluruh jemaat hendaknya membantu mereka dan menyertai mereka dalam doa dan perhatian persaudaraannya. — Aleteia/Katolisitas
Total Comments:0