Pengeboman di Gaza kembali lagi, akibatkan kerohanian paroki tertangguh

Bunyi roket dan pengeboman kedengaran ketika sekumpulan Pengakap sedang menjalani perkhemahan musim panas di Paroki Keluarga Kudus.

Aug 12, 2022


GAZA:
Bunyi roket dan pengeboman kedengaran ketika sekumpulan Pengakap sedang menjalani perkhemahan musim panas di Paroki Keluarga Kudus.

Mujurlah tidak ada kecederaan dan para biarawati membawa kanak-kanak itu pulang ke rumah.

Namun, pengeboman itu berlaku selama tiga hari selepas setahun lebih, Semenanjung Gaza dalam keadaan aman sehinggalah Israel melancarkan serangan ke atas pemimpin tertinggi Jihad Islam Palestin pada 5 Ogos lalu.

Fr Romanelli, paderi paroki Keluarga Kudus berkata pengeboman itu telah menghancurkan harapan keamanan serta trauma di kalangan penduduk Gaza.

Selepas tiga hari, gencatan senjata berkuat kuasa pada 7 Ogos dan, pada hari berikutnya, Fr Romanelli berkata beliau telah meyakinkan pihak berkuasa untuk membenarkan beliau kembali ke parokinya pada 9 Ogos.

Ramy Tarazi, 29, pengarah Pusat Kebudayaan dan Pendidikan Ortodoks Arab di Gaza, berkata bunyi perang akibat pengeboman dan roket dari kedua-dua pihak amat menakutkan.

“Kami berharap agar keamanan benar-benar dapat dicapai di Gaza kerana semua orang awam di sini perlu hidup tanpa pengeboman serta roket.

Kami hanya mahu hidup dalam keadaan yang baik. Kami memerlukan elektrik, air, rawatan perubatan, hospital, persimpangan dengan Israel dapat dibuka.

Kami memerlukan sokongan daripada orang ramai untuk mendoakan kami melindungi semua penduduk Gaza,” kata Tarazi. --crux

Total Comments:0

Name
Email
Comments