Penulis Berkicau: Tahun pengampunan
Ketika artikel ini ditulis, redaksi kami sebenarnya sedang bekerja beberapa hari selepas Tahun Baharu 2025. Oleh itu, ada beberapa perkara yang memberi kesan kepada saya pada Tahun Baharu atau Tahun Jubli 2025 ini.
Jan 11, 2025
Ketika artikel ini ditulis, redaksi kami sebenarnya sedang bekerja beberapa hari selepas Tahun Baharu 2025. Oleh itu, ada beberapa perkara yang memberi kesan kepada saya pada Tahun Baharu atau Tahun Jubli 2025 ini.
Pertama sekali pesan Sri Paus Fransiskus untuk Hari Keamanan Seduna ke-58, yang bertema, “Ampunilah Kesalahan Kami”.
Dalam Pesan Keamanan Sri Paus Fransiskus menjelaskan tentang “Jubli”mengingatkan kita pada praktik Yahudi kuno, di mana setiap tahun keempat puluh sembilan, suara trompet domba jantan (dalam bahasa Ibrani, jobel) akan mengumumkan tahun pengampunan dan kebebasan bagi seluruh masyarakat (lih. Im 25:10).
Saya tertarik dengan pelancaran Tahun Jubli peringkat nasional di negara kita. Meskipun setiap Keuskupan/Agung memulakan ritus pembukaan Tahun Jubli 2025 tetapi masing-masing mempunyai keunikan dalam memperkenalkan Tahun Jubli 2025 kepada umat.
Misalnya tiupan shofar di Keuskupan Pulau Pinang yang bagi saya, mengingatkan seluruh umat, sama ada yang kaya mahupun miskin, bahawa tidak seorang pun datang ke dunia ini untuk ditindas: kita semua adalah saudara, putera dan puteri daripada Bapa yang sama, yang dilahirkan untuk hidup dalam kebebasan, sesuai dengan kehendak Tuhan (lih. Im 25:17, 25, 43, 46, 55).
Begitu juga dengan Keuskupan Sibu, yang bukan sahaja melancarkan Tahun Jubli bukan pada Disember 29, 2024 tetapi pada Hari Raya Maria Bonda Tuhan dan sekaligus melancarkan tahun ke sembilan untuk program satu dekad keadilan Penciptaan dengan tema baharu “Year of Sister Mother Earth and Holy Orders: Stewardship of All Creation (Culture of care) atau Tahun Ibu Pertiwi dan Tahbisan Suci: Penjagaan kepada Semua Ciptaan (Budaya penjagaan).
Semasa merayakan Misa Kudus menjelang Krismas 2024, Sri Paus Fransiskus mengingatkan kita bahawa “Yesus adalah ‘Pintu’ terbuka lebar yang mengundang kita untuk masuk bagi menemui kembali makna keberadaan kita dan kesakralan semua kehidupan, dan memulihkan nilai-nilai dasar keluarga umat manusia.”
Sebagai penziarah harapan, lebih-lebih lagi semasa kita berziarah dan mengikuti aktivitiaktiviti ziarah di sesebuah pusat ziarah, marilah kita berdoa untuk para belia yang bakal merayakan Hari Belia Malaysia buat julung kalinya pada Mac 31, 2025 hingga April 6, 2025 di Keuskupan Agung Kota Kinabalu.
Hari Belia Katolik Malaysia (MCYD) 2025 ialah perhimpunan kebangsaan pertama di Malaysia, diwujudkan untuk mendengar suara golongan muda dan melihat keperluan mereka sebagai umat Tuhan zaman NOW.
Melalui perhimpunan ini, Salib Katolik akan dibawa ke seluruh Keuskupan dan berakhir pada Perhimpunan Pastoral Malaysia (MPC) 2026, sebuah perhimpunan besar buat pertama kalinya yang menghimpunkan para klerus, religus dan umat awam dari sembilan keuskupan/agung di Malaysia.
Total Comments:0