Penyembuhan dalam Ekaristi

Baru-baru ini, seorang lelaki berjumpa dengan saya untuk meminta pertolongan. Dia meluahkan beberapa kelukaan berat, bukan kecederaan fizikal tetapi kelukaan emosi dalam jiwanya.

May 11, 2024

Gambar ilustrasi: Ekaristi mengubah kita, mentransformasikan kita untuk menjadi seorang yang bersukacita, bertenaga, padu dan penuh cinta. Kredit gambar: Juanis bin Markus, KOMSOS Keuskupan Keningau


Baru-baru ini, seorang lelaki berjumpa dengan saya untuk meminta pertolongan. Dia meluahkan beberapa kelukaan berat, bukan kecederaan fizikal tetapi kelukaan emosi dalam jiwanya.

Apa yang mengejutkan saya pada mulanya ialah meskipun dia sangat terluka, tetapi dia sebenarnya tidak pernah mengalami penderitaan atau trauma semasa kanak-kanak mahupun dewasa.

Rupa-rupanya, dia menerima kelukaan biasa dan kekecewaan akibat perlakuan orang lain: dia pernah diperkecilkan, dibuli, menjadi insan yang selalu dibenci, tidak puas hati dengan tubuh badan sendiri, wujudnya ketidak adilan dalam keluarga, tidak dilayan dengan adil di tempat kerja, rasa kronik diabaikan, berasa tidak difahami dan dihargai, kasihan terhadap diri sendiri dan kurang keyakinan.

Oleh kerana dia seorang lelaki sensitif dan dengan gabungan semua tekanan ini, maka hanya tinggal sedikit ketahanan dalam dirinya.
Kini, berusia lewat pertengahan abad, dia tidak mampu untuk bersyukur, menjadi seorang pemimpin yang gembira seperti yang dimahukannya.

Sebaliknya, dia sendiri mengakui, dia terperangkap di dalam kelukaan kronik dalam jiwanya. Malah rasa bimbang dari dalam hatinya turut mempengaruhi bahawa hidup ini selamanya tidak adil terhadapnya.

Oleh itu, dia banyak menghabiskan masa melindungi diri sendiri dan berasa geram kepada mereka yang secara terbuka memperlihatkan cinta kasih dengan bebas.

“Saya benci melihat orang-orang seperti Ibu Teresa dan Paus Yohanes Paulus yang sangat yakin dan bercakap betapa hati besarnya hati mereka terhadap orang miskin. Sedangkan saya pula penuh dengan kemarahan ...”

Lelaki ini juga telah bertemu dan mengikuti beberapa terapi profesional untuk membantunya memahami diri sendiri dengan lebih terbimbing tetapi terapi-terapi itu tidak berkesan.

Dia masih tidak dapat berganjak, seperti orang lumpuh yang tidak dapat bergerak melangkaui semua kelukaan itu. Sebaliknya, dia masih tertanya-tanya, “Apa yang dapat saya lakukan dengan kelukaankelukaan ini?”

Jawaban saya kepadanya dan untuk semua yang terluka: “Bawalah kelukaan-kelukaan itu ke Ekaristi. Setiap kali anda menghadiri Ekaristi, bersiap sedialah, terima komuni, bawa semua ketidakberdayaan dan kelumpuhan anda kepada Tuhan, mintalah Dia untuk menjamah tubuh anda, hati anda, memori, kepahitan, rasa kurang yakin dengan diri sendiri, mintalah Dia menyentuh kerisauan anda, kelemahan anda dan ketakutan anda.

Serahkanlah tubuh dan hati anda yang tenat kepada Tuhan. Ungkapkan ketidakberdayaan anda dalam kata-kata ringkas dan merendahkan hati, “Sentuhlah aku. Sembuhkanlah luka-luka ku. Hilangkanlah paranoia ku. Penuhilah aku. Ampunilah aku.

Hangatkanlah hati ku. Berikanlah aku kekuatan yang tidak ada dalam diri ku.”

Ulangilah doa ini, bukan hanya ketika anda menerima komuni dan ketika anda disentuh secara fizikal oleh tubuh Kristus tetapi semasa doa Ekaristi, ungkaplah doa ini, kerana pada ketika inilah, kita bukan sahaja disentuh dan disembuhkan oleh Yesus, tetapi kita juga disentuh dan disembuhkan oleh upacara yang sangat kudus.

Inilah bahagian dalam Ekaristi yang secara umumnya kita tidak fahami atau abaikan. Inilah bahagian dalam Ekaristi yang merayakan transformasi dan penyembuhan kelukaan dan dosa.

Dalam doa Ekaristi, kita memperingati “pengorbanan” Yesus, iaitu peristiwa di mana Yesus berkorban demi dosadosa yang dilakukan oleh kita.

Secara umumnya, dalam kesengsaraan dan kematian-Nya, Yesus telah mengambil luka-luka kita, kelemahan kita, ketidaksetiaan kita, dosa-dosa kita, mati dalam semua dosa ini, dan melalui cintakasih dan kepercayaan-Nya yang mendalam terhadap kita semua, Dia mengampuni serta menjadikan kita kudus semula melalui kebangkitan-Nya.

Ini bermakna, setiap kali kita merayakan Ekaristi, kita haruslah membukakan diri kita agar aliran tranformasi dalam peristiwa itu menyentuh diri kita, menyentuh luka-luka kita, kelemahan kita, ketidaksetiaan kita, dosa-dosa dan emosi yang melumpuhkan kita.

Ekaristi mengubah kita, mentransformasikan kita untuk menjadi seorang yang bersukacita, bertenaga, padu dan penuh cinta.
Ekaristi adalah penyembuh hebat dan utama. Tetapi saya juga percaya terdapat banyak kebaikan dalam pelbagai terapi fizikal dan emosi, juga program-program penyembuhan di luar sana.

Saya juga percaya, ada kebaikan dalam usaha yang dilakukan sendiri untuk sembuh, seperti cabaran yang dihadapi oleh seorang lumpuh, di mana Yesus memerintahkan dia untuk mengemaskan tempat tidurnya dan berjalan!

Kita tidak seharusnya membiarkan diri kita lumpuh atau lemah kerana berasa kasihan terhadap diri sendiri, terlalu sensitif atau hyper-sensitif. Tuhan telah memberikan kita kulit untuk melindungi urat-urat yang sensitif.

Tetapi, meskipun demikian, kita masih tidak dapat menyembuhkan diri sendiri. Kaedah terapi, memahami diri sendiri, rakan-rakan yang penyayang dan usaha sendiri yang berdisiplin dapat banyak membantu kita tetapi tidak menyembuhkan kita secara keseluruhan.

Kesembuhan penuh datangnya dari sentuhan dan disentuh oleh yang Kudus. Secara khususnya, sebagai orang Kristian, kita percaya bahawa sentuhan ini termasuklah sentuhan kekudusan dari tempat di mana ia banyak menyentuh kelukaan kita, rasa tidak berdaya, kelemahan dan dosa, tempat di mana Tuhan “menghapuskan segala dosa kita.”

Tempat itu adalah peristiwa di mana kematian dan kebangkitan Yesus dan peristiwa itu telah membolehkan kita semua untuk menyentuh, memasuki — di dalam doa Ekaristi dan menerima tubuh Kristus dalam komuni.

Kita semua perlu membawa kelukaan-kelukaan kita ke Ekaristi kerana di sanalah letaknya tenaga dan cinta yang kudus, di sana letaknya sebuah tempat di mana semua yang bernafas dapat disentuh dan apa yang belum sembuh, dapat disembuhkan seluruhnya. — Aleteia

Total Comments:0

Name
Email
Comments