Penziarah Harapan: Tema Tahun Jubli 2025

Sri Paus Fransiskus telah memberikan persetujuannya untuk tema Tahun Jubli 2025.

Jan 14, 2022

Sri Paus Franaiskus membuka Pintu Suci di Basilika St Peter semasa pembukaan Tahun Belas Kasihan 2015. Gambar: Vatican News.


VATIKAN:
Sri Paus Fransiskus telah memberikan persetujuannya untuk tema Tahun Jubli 2025.

Menurut Presiden Dewan Kepausan untuk Mempromosikan Evangelisasi Baharu, perhatian utama Sri Paus adalah agar Tahun Jubli 2025 dipersiapkan dengan sebaik mungkin.

Dalam video yang diterbitkan oleh Vatican News pada 13 Januari, Uskup Agung Rono Fisichella mengatakan Bapa Suci menyetujui tema yang diusulkan untuk Tahun Jubli 2025, sebuah tema “yang dapat diringkas dalam dua kata: Penziarah harapan.”

Jubli 2025 akan menjadi jubli biasa pertama Gereja sejak Sto. Yohanes Paulus II memimpin Jubli Agung 2000. Tahun Jubli Belas Kasihan yang dilancarkan oleh SriPaus Fransiskus pada 2015 adalah Tahun Suci yang luar biasa.

Uskup Agung Fisichella mengetuai dikasteri Vatikan yang diamanahkan untuk mengelola acara itu iaitu Dewan Kepausan untuk Promosi Penginjilan Baharu.

“Banyak kerja yang perlu dilakukan,” katanya.

Tahun Jubli 2025 akan merangkumi acara pembukaan Pintu Suci di Basilika St. Peter. Penziarah yang melalui pintu — yang hanya dibuka semasa tahun Jubli, biasanya setiap 25 tahun atau apabila seorang Sri Paus melancarkan Jubli luar biasa — boleh menerima indulgensi pleno dengan syarat-syarat biasa.

Empat basilika utama di Roma mempunyai Pintu Suci. Semasa Tahun Jubli Luar Biasa 2015, Sri Paus Fransiskus telah memberikan kebenaran kepada gereja dan katedral di seluruh dunia untuk membina dan membuka Pintu Suci.

“Melalui Pintu Suci bermakna menemui semula belas kasihan Bapa yang tidak terhingga, Bapa yang menyambut semua orang serta keluar secara peribadi untuk menemui kita."

Dialah yang mencari kita! Dialah yang datang menemui kita,” kata Paus Fransiskus semasa membuka Pintu Suci Tahun Jubli Belas Kasihan di Basilika St. Peter pada 8 Dis. 2015.

“Salah satu keutamaan dalam persiapan menyambut Tahun Jubli 2025 adalah berkaitan dengan penerimaan penziarah dan umat, dengan sejumlah besar penziarah diharapkan datang di Roma semasa Tahun Suci – dengan harapan bahawa dalam dua tahun ini, keadaan darurat kesihatan tidak akan lagi mempengaruhi kegiatan seperti hari ini,” kata Uskup Agung Fisichella.

Tahun Jubli adalah tahun rahmat yang istimewa, di mana Gereja menawarkan kepada umat beriman kemungkinan untuk memperoleh indulgensi penuh. --media Vatikan

Total Comments:0

Name
Email
Comments