Perhimpunan Pra-Sinodal Keuskupan Agung Kuala Lumpur

“Sinode ini direka untuk mendengar dari akar umbi, terutamanya mereka yang berada di luar Gereja, terabai dan yang telah meninggalkan Gereja … sinode ingin mendengar bukan sahaja daripada umat Katolik tetapi jika boleh, semua orang.

Jul 01, 2022

Kumpulan Bahasa Malaysia dalam sesi perbincangan.


KUALA LUMPUR: “Sinode ini direka untuk mendengar dari akar umbi, terutamanya mereka yang berada di luar Gereja, terabai dan yang telah meninggalkan Gereja … sinode ingin mendengar bukan sahaja daripada umat Katolik tetapi jika boleh, semua orang. Ini adalah sesuatu yang baharu dan menyegarkan – di mana Bapa Suci mahu mendengar fikiran dan pilihan kita,” kata Uskup Agung Julian dalam ucapannya sempena Perhimpunan Pra-Sinodal Keuskupan Agung Kuala Lumpur di Gereja St Ignatius, 18 Jun lalu.

Prelatus itu mengucapkan syabas kepada pasukan tim sinode, kerana mendapat lebih 22, 000 maklum balas dari 35 paroki. Menurut Uskup Agung Julian, proses adalah untuk melihat di mana Gereja dan keuskupan agung berada, dan untuk mengetahui sejauh mana kemantapan iman kita,” kata Uskup Agung Julian.

Dapatan dari Maklum Balas
Contact person Sinode Agung, Rita Krishnan kemudiannya menyampaikan ringkasan proses itu, yang berlangsung dari 8 Sept 2021 hingga 17 Mei 2022.

Berdasarkan 10 soalan, ia mengimbas kembali pengalaman, membaca semula pengalaman dengan lebih mendalam, dan akhirnya mengumpulkan hasil dapatan untuk dikongsi.

Kemudian, segmen Pengalaman dipecahkan kepada Poin Tinggi dan Mata Rendah (High Points and Low Points/Penghiburan dan Kesepian), Sikap dan Perasaan Tercatat, dan Ketegangan dan Perselisihan.

Untuk “Poin Tinggi dan Penghiburan”, ramai yang memberi maklum balas positif mengenai perhimpunan sebagai klerus, pelayanan, paroki, kaum awam dari semua lapisan masyarakat, berhimpun dengan minda dan hati terbuka untuk mengambil bahagian dalam proses sinode.

“Poin Rendah dan Kehancuran”, termasuk bersikap ragu-ragu terhadap proses sinodal, mempersoalkan kesahihan dapatan maklum balas dan rungutan tentang hala tuju yang tidak baik.

Satu lagi maklum balas popular ialah bagaimana dunia digital memberi kesan kepada warga tua yang tidak mahir teknologi. Golongan ini berasa diketepikan yang boleh menyebabkan masalah kesihatan mental.
Bagi “Ketegangan dan Perselisihan” adalah disebabkan kepimpinan lemah, sindrom ‘orang kegemaran’ di sesebuah paroki dan pemimpin tidak mahu mendengar umat paroki.

Dalam kategori Maklum Balas, terdapat tiga hal yang dikenal pasti: Penting, Mengejutkan dan Tidak Dijangka.
Bagi kategori “Penting”, beberapa perkara yang dibangkitkan termasuk bagaimana mereka yang telah lama melayani bertahan dalam kepimpinan, orang tua dan belia berasa ketinggalan dalam pertumbuhan gereja, mencari cara untuk meningkatkan pengetahuan Kitab Suci dan meningkatkan kualiti homili, membimbing mereka untuk melibatkan diri secara positif dalam perhubungan manusia dan yang paling penting, amalkan kerendahan hati untuk menjadi seperti Kristus.

“Dapatan Mengejutkan” termasuklah kebencian orang ramai terhadap politik Gereja, hubungan antara orang awam dan paderi yang memerlukan perhatian, dan komuniti LGBT yang mahukan jawatan kepimpinan untuk mempromosikan kumpulan ‘kesaksamaan jenis’, kerana mereka tidak dapat bergaul dengan jantina ‘normal’ kerana berasa mereka dihakimi dan dipandang serong.

Dapatan “Tidak Dijangka” ialah mengenai baptisan baharu yang ditolak oleh keluarga dan ada yang melepaskan kewajiban mereka selesai sahaja IKD atau kembali kepada kepercayaan mereka sebelumnya.

Mengenai “Pertumbuhan Sinodaliti”, daripada maklum balas, sebahagian besarnya tertumpu kepada belia dan lebih perhatian arus ditumpukan akar kerasulan dan doa, terbuka kepada Roh Kudus, dan mempraktikkan seni mendengar dan memberi perhatian kepada apa yang dikatakan oleh Roh.

Akhir sekali, beberapa “Gambaran Budaya” yang telah menyatakan pengalaman Sinodaliti termasuk sekatan kerajaan untuk mengamalkan kepercayaan kita yang telah menjejaskan keupayaan mempromosikan iman kita secara terbuka, permusuhan sosial yang melibatkan agama, dengan undang-undang dan dasar yang menyekat kebebasan beragama yang memberi kesan kepada iman dan perjuangan selama 10 tahun yang lalu yang melibatkan banyak kes mahkamah bagi penggunaan kata “Allah” yang meninggalkan kesan dalam kehidupan umat Katolik.

Para peserta perhimpunan seterusnya berkongsi dalam kumpulan tentang mereka apa yang telah mereka dengar dan pelajari.

Nunsio Vatikan ke Malaysia, Uskup Agung Wojciech Za?uski yang hadir dalam perhimpunan itu berpesan, “Kita perlu memikirkan bagaimana mengurangkan kelemahan (dispersion) misi serta menumpukan kepada hal-hal penting, memberikan kesaksian dan penginjilan yang sejati melalui teladan kita.”

Uskup Agung Julian memberikan ucapan penutupnya sebelum memberkati para peserta dan menutup perhimpunan.

Total Comments:0

Name
Email
Comments