Perkara mengikat dan melepaskan, kaitannya dengan syurga

Apa sahaja yang anda ikat di bumi akan terikat di syurga, dan apa sahaja yang anda lepaskan di bumi , ia akan dilepaskan di syurga.

Mar 31, 2023


Apa sahaja yang anda ikat di bumi akan terikat di syurga, dan apa sahaja yang anda lepaskan di bumi , ia akan dilepaskan di syurga. Kata-kata Yesus ini tidak hanya terpakai kepada mereka yang ditahbis untuk pelayanan dan mentadbir Sakramen Perdamaian, tetapi kepada semua orang di dalam tubuh Kristus.

Kita semua mempunyai kuasa untuk mengikat dan melepaskan.

Apakah kuasa “mengikat dan melepaskan” ini? Bagaimanakah kita mengikat dan melepaskan satu sama lain di bumi dengan cara yang melibatkan syurga?

Mungkin, gambaran ini boleh memberi penjelasan mudah: Sebagai contoh: Jika anda adalah ahli Tubuh Kristus dan anda memaafkan seseorang, Kristus memaafkan orang itu dan dia dilepaskan daripada dosa.

Begitu juga, jika anda, sebagai sebahagian daripada Tubuh Kristus, mengasihi seseorang dan tetap berhubung dengannya, orang itu dihubungkan dengan Tubuh Kristus dan melalui anda (alkitabiah) orang itu juga menyentuh hujung jubah Kristus, walaupun dia tidak mengaku secara jelas bahawa dia mempercayai Kristus atau tidak. Itulah salah satu hadiah luar biasa yang diberikan kepada kita dalam inkarnasi.

Tetapi bagaimana dengan sebaliknya? Katakanlah saya enggan memaafkan seseorang yang telah melukakan hati saya beberapa kali dan cara: bagaimana pula jika saya menyimpan dendam dan enggan melupakan kesalahan yang telah dilakukan oleh orang lain kepada saya, adakah saya mengikat orang itu dengan dosa?

Adakah Tuhan juga enggan memaafkan dan melepaskannya kerana saya enggan memaafkan dan melepaskannya?

Bagaimana Tubuh Kristus bekerja dalam hal “mengikat” iaitu kuasa yang diberikan oleh Yesus kepada kita?

Ini adalah soalan yang sukar, tetapi ada beberapa penerangan yang dapat mencerahkan isu ini.

Sebagai permulaan, logik rahmat dan berkat, seperti cinta, mempunyai logik – iaitu hanya berfungsi dalam satu cara.

Dalam rahmat, sama seperti cinta, anda diberikan banyak berkat melebihi apa yang anda layak terima, tetapi jika sebaliknya, ia tidak berfungsi. Rahmat, seperti algebra, tidak berfungsi jika ia dilakukan secara bertentangan.

Cinta boleh memberi anda lebih daripada yang anda layak terima, tetapi ia tidak boleh menghukum anda lebih dari yang anda mampu terima.

Tuhan memberi kita kuasa untuk membebaskan satu sama lain, tetapi ia bukanlah sejenis kuasa yang memperhambakan atau menyekat kebebasan orang lain.

Kedua, dalam kehidupan ini, seperti yang pernah dikatakan oleh C.S. Lewis, neraka boleh menggugat syurga, tetapi ini tidak benar di alam lain.

Oleh itu, ketika kita berdendam dengan satu sama lain secara psikologi dan emosi, di sisi Tuhan, Dia tidak memberkati tindakan itu.

Apabila kita mengikat satu sama lain di sini di dunia ini dalam dendam, enggan memaafkan satu sama lain, keengganan itu tidak mengikat Tuhan untuk melakukan perkara yang sama atau seperti yang kita mahukan.

Secara ringkas, ia dapat dijelaskan seperti ini: Apabila saya menyimpan dendam terhadap seseorang yang telah menzalimi saya, dan apabila saya sering membuatnya menyedari bahawa dia telah melakukan kesalahan, saya menjadikan orang itu terikat dengan dosa mereka — tetapi Tuhan tidak menyokong ini. Syurga tidak menyokong perbuatan saya.

Inilah bezanya. Namun penjelasan ini masih memerlukan pencerahan lebih lanjut.

Apa maksudnya “mengikat” seseorang?

Kuasa Kristian untuk “mengikat” dan “melepaskan” adalah kuasa untuk mengikat dan melepaskan dalam hati nurani. Ia lebih berkaitan dengan kasih sayang dan kebaikan.

Apabila saya enggan memaafkan yang lain, apabila saya menyimpan dendam, saya sebenarnya bertindak bukan sebagai Tubuh Kristus, atau sebagai ejen rahmat, melainkan sebagai sebahagian daripada rantaian dosa dan kelemahan, yang Kristus cuba untuk putuskan.

Jadi apabila saya bertindak se-pert itu, saya adalah orang yang perlu dilepaskan daripada dosa kerana jika saya terus-terusan mengikat dosa, maka saya bertindak bertentangan dengan rahmat.

Sikap tidak mengampuni saya mungkin memberi kesan atau mengikat orang lain secara emosi, tetapi tindakan saya ini adalah antitesis kuasa yang diberikan Kristus kepada kita.

Secara Alkitab, kita mengikat satu sama lain dalam cinta tetapi jika kita enggan berkompromi kebenaran dan apabila kita enggan memaafkan atau memilih damai, maka ia adalah pilihan tidak baik dan bertentangan dengan syurga.

Sebagai contoh, ibu bapa “mengikat” anak-anak mereka dengan penuh kasih sayang, tetapi enggan memberi mereka kebebasan, mengabaikan pengajaran Kristus mengenai perkahwinan dan seksualiti – maka ini bertentangan dengan kuasa yang diberikan oleh Kristus.

Apabila kita “mengikat” seorang rakan tetapi kita menyokongnya ketika dia mahu menipu dalam perniagaan bagi menjana lebih banyak wang.

Seorang kawan mengikat anda apabila dia enggan memberkati kompromi moral anda.

Dalam drama Robert Bolt, A Man for All Seasons, kita melihat Henry VIII memujuk Thomas More untuk memberkati perkahwinannya dengan Anne Boleyn. Henry merayu demi persahabatan mereka, merayu atas nama kemanusiaan yang mereka perjuangkan bersama dan secara moral, cuba membuli Thomas bahawa jika dia enggan memberkati perkahwinan itu, Thomas adalah angkuh dan sombong.

Namun Thomas tetap enggan meluluskan. Dia mengikat Henry dalam hati nurani dan Henry tahu dia terikat.
Pada akhirnya, dia membunuh Thomas kerana keengganannya untuk berkompromi dan membenarkan perkahwinan itu sendiri maka secara alkitabiah, Henry sebenarnya telah melepaskan berkat.

Sejak Tuhan mengambil daging manusia yang konkrit, rahmat Tuhan sentiasa nyata dan melimpah. Syurga sedang memerhatikan bumi – dan membiarkan dirinya dibantu oleh yang terbaik dari apa yang kita lakukan di sini, tetapi tidak terikat dengan perkara-perkara yang teruk yang kita lakukan di sini. — Hakcipta Terpelihara 1999-2023 @ Fr Ron Rolheiser

Total Comments:0

Name
Email
Comments