Rahmat Tuhan telah tiba!

Sangat menarik bagaimana Lukas menyusun kisah Injilnya tentang Yesus. Dia menulis bahawa Yesus muncul di khalayak ramai untuk melaksanakan misi- Nya selepas digoda oleh Iblis di padang pasir.

Jan 26, 2025

MINGGU BIASA
TIGA
(TAHUN C)
NEHEMIA 8:3-5A.6-7.9-11
1 KORINTUS 12:12-30
INJIL LUKAS 1:1-4; 4:14-21

Sangat menarik bagaimana Lukas menyusun kisah Injilnya tentang Yesus. Dia menulis bahawa Yesus muncul di khalayak ramai untuk melaksanakan misi- Nya selepas digoda oleh Iblis di padang pasir.

Yesus dicubai tetapi dapat mengatasinya. Yesus, yang mempunyai keikhlasan dan jujur dalam hati, memperkenalkan diri-Nya sebagai Mesias kepada umat-Nya di Nazaret.

Menurut Yesaya, Mesias datang untuk memberi khabar baik kepada orang miskin, kebebasan kepada tawanan, penglihatan kepada orang buta, pembebasan kepada orang yang tertindas (lih. Yes 61:1-2). Itulah tujuan kedatangan Mesias. Dan Yesus menambahkan penegasan-Nya, bahawa “tahun rahmat Tuhan telah tiba!”

Apakah maksud “rahmat Tuhan telah datang”? Dalam bahasa Injil, istilah “Kerajaan Tuhan telah datang” adalah biasa digunakan.

Kedua-dua istilah bermaksud perkara yang sama. Yesus Mesias telah datang, bahkan Dia telah menebus dan menyelamatkan dunia. Dan Dia juga telah mengasaskan Gereja-Nya untuk meneruskan pemberian rahmat Tuhan dan membina Kerajaan-Nya. Tetapi realitinya, selepas 20 abad, rahmat Tuhan dan Kerajaan-Nya yang bermula dengan kedatangan Yesus sebagai Mesias masih belum jelas. Kenapa? Apakah sebabnya?

Keadaan dunia kita sekarang ini, termasuk di negara kita, membuktikan bahawa rahmat Tuhan dan Kerajaan Tuhan tidak dapat difahami atau disamakan dengan kenyataan dan hal-hal duniawi yang serba tampak.

Kata-kata Yesus, “Pada hari ini genaplah nas tadi sewaktu kamu mendengarkanya” adalah pengakuan diri-Nya sebagai “Yang diurapi” Tuhan sebagai Almasih. – Tetapi pengertian orang-orang Yahudi sezaman- Nya tentang Almasih sangat berlainan! Mereka menggambarkan perubahan keadaan dunia sebagai Kerajaan Tuhan yang dalam keadaan aman, makmur, damai sejahtera, tidak ada perpecahan, permusuhan dan balas dendam.

Yesus datang mewartakan, melaksanakan dan memberikan kerajaan rohani, bukan jasmani. Oleh sebab itu, 20 abad yang lalu mahupun sekarang ini, kerajaan Tuhan menurut gambaran materialistik masih belum kelihatan.

Sebagai orang beriman, kita harus memiliki keteguhan kepercayaan bahawa Kerajaan Tuhan ada dalam Yesus Kristus, dalam pemberitaan-Nya, dalam pekerjaan penyelamatan-Nya, yang disertai dengan tanda-tanda kebenaran-Nya, seperti menyembuhkan orang sakit, memberi makan dan minum kepada orang yang lapar dan haus, mengusir roh jahat atau syaitan, malah membangkitkan orang mati.


Yesus juga berkata bahawa Dia tidak tahu berapa lama tempoh yang akan kita alami dalam masa antara “sudah ada” dan “belum ada” kepenuhan penyelenggaraan “rahmat Tuhan” dan “Kerajaan Tuhan” yang berterusan.

Dengan latar belakang inilah Injil Lukas hari ini ingin mengingatkan kita dan menegaskan bahawa:

1. Iman kita kepada Yesus bukanlah sekadar suatu pengetahuan atau ilmu, melainkan suatu keyakinan, bukan paksaan, bahawa Dia sungguh Almasih atau Penyelamat kita, seperti dibuktikan-Nya melalui ajaran, hidup, sikap dan perbuatan- Nya.

2. Keselamatan kita sudah bermula, meskipun belum sepenuhnya, namun pasti. Tetapi untuk dapat diselamatkan, kita harus terus menerus mempersiapkan diri secara sungguh-sungguh. Iman kita harus diuji kesungguhannya.

3. Bukan hanya secara fizikal, jasmani, material, tetapi juga secara Rohani dan batin, kita harus tahu dan merasa, bahawa kita adalah miskin, tawanan, buta, tertindas, rohaniah ataupun jasmaniah! Hanya orang yang merasakan kekurangannya itulah yang akan diselamatkan. --Msgr F.X Hadisumarta O.Carm

Total Comments:0

Name
Email
Comments