Rakyat Malaysia beri sumbangan besar kepada Dana Bantuan Banjir Nasional

Hujan lebat berterusan selama tiga hari pada bulan Disember menyebabkan beberapa siri banjir dan banjir kilat di Semenanjung Malaysia pada 18 Disember lalu.

Jan 14, 2022


KUALA LUMPUR:
Hujan lebat berterusan selama tiga hari pada bulan Disember menyebabkan beberapa siri banjir dan banjir kilat di Semenanjung Malaysia pada 18 Disember lalu.

Hujan itu menjejaskan lapan buah negeri di seluruh negara, dengan lebih 71,000 individu dan keluarga kehilangan tempat tinggal, 54 kematian dan dua dilaporkan hilang. Negeri Selangor adalah yang paling teruk dilanda banjir terutamanya di perbandaran Shah Alam. Rumah dan kenderaan ditenggelami air kerugian kepada infrastruktur dan harta benda serta trauma di kalangan para mangsa.

Sehubungan itu, pada 20 Dis, Konferensi para Uskup Katolik Malaysia (CBCM) dan Caritas Malaysia melancarkan Tabung Bantuan Nasional untuk inisiatif bantuan banjir.

Lapan hari selepas pelancarannya, dana itu berjumlah RM209,000.

Pada 6 Januari 2022, dana itu telah meningkat kepada RM520,000, tidak termasuk pelbagai sumbangan yang dikumpul oleh paroki yang terjejas untuk komuniti setempat mereka. Dana untuk mengutip bantuan ini akan terus dibuka sehingga 22 Januari.

Caritas Malaysia juga mengaktifkan Disaster Relief Response (DRR) di mana pengarah dari keuskupan terjejas banjir dan mereka yang menghadiri latihan DRR dijemput untuk berkongsi maklumat bantuan dan pengetahuan. Mereka seterusnya mengekalkan koordinasi yang rapat dengan paroki dan sukarelawan mereka.

Semasa konferensi CBCM baru-baru ini, Uskup Bernard Paul dari Caritas Malaysia, memberi maklumat terbaharu tentang usaha bantuan banjir dan status dana negara.

Tabung Bantuan Banjir Nasional tersedia untuk semua mangsa banjir di seluruh negara menggunakan struktur paroki tempatan. Para uskup menggesa mereka yang memerlukan bantuan untuk menghubungi paroki tempatan secepat mungkin.

Bantuan solidariti yang berterusan

Pada 7 Jan, Caritas Malaysia memindahkan RM75,300 kepada Gereja Holy Redeemer, Klang, Gereja Sacred Heart, Bentong, dan North South Initiative, sebuah NGO yang bekerja untuk migran.

Dana itu digunakan untuk membeli keperluan asas seperti makanan, cadar, tuala dan bantal untuk 101 migran di Puchong dan Shah Alam.

Ia juga digunakan untuk membantu 39 keluarga di Bentong dan 24 keluarga di Klang membina semula kehidupan mereka dengan menyediakan kemudahan asas seperti menggantikan barangan elektrik dan keperluan mendesak lain.

Pejabat Caritas Sandakan, di Sabah pula memaklumkan tentang keperluan bantuan banjir untuk komuniti mereka yang terjejas.

Caritas Malaysia berterima kasih atas pesan dan tindak balas solidariti daripada Caritas Asia, Caritas Hong Kong, Filipina dan lain-lain di rantau ini.

Lebih-lebih lagi beberapa bahagian di Filipina telah musnah akibat Taufan Odette (Rai) baru-baru ini; dan banjir melanda Indonesia, Pakistan dan Bangladesh.

Perubahan iklim dan kesannya tiba-tiba menjadi kebimbangan yang nyata dan segera bagi majoriti rakyat Malaysia.

Bagi maklumat terkini situasi banjir dan inisiatif bantuan, sila lawati, https://www.facebook.com/CaritasMalaysia1

Total Comments:0

Name
Email
Comments