Rasa cinta dalam diri semakin berkurangan di usia matang

Tindakan atau pendirian kita mungkin betul dan motif kita baik, tetapi terdapat bahagian dalam diri kita sekarang akan rasa benci terhadap orang lain.

Dec 02, 2022

Bab pertama Kitab Wahyu mengandungi cabaran kuat yang tersembunyi dalam bahasa esoterik keseluruhan buku itu.

Yohanes, pengarangnya, menyuarakan suara Tuhan yang menambah lagi kesan pada kitab itu: Saya telah melihat betapa kuatnya anda bekerja, saya telah melihat kesetiaan anda dan kelaparan anda untuk kebenaran; tetapi saya harus mengatakan sesuatu: “cinta dalam diri anda terhadap Saya telah kurang berbanding ketika anda masih muda.” Wow! Ini sangat ‘memukul’.

Sangat mudah untuk menjadi buta di dalam diri kita sendiri. Kita berubah, kita bertumbuh, kita berumur, dan kadang-kadang kita tidak melihat diri kita dengan teliti untuk melihat kesan perubahan tersebut pada diri kita.

Oleh itu, kita boleh berdedikasi, bekerja keras, mencari kebenaran, menjadi orang yang ikhlas, berbudi pekerti dalam segala cara, kecuali kebaikan ini telah tertulis di dalam kemarahan, kepahitan, dan kebencian yang tidak begitu jelas dalam diri kita ketika kita masih muda.

Apabila kita semakin tua, lebih mudah untuk komited kepada sebab-sebab yang betul daripada mencintai semula dan tidak membiarkan penghakiman pahit dan kebencian halus menjangkiti watak kita.

Adalah penting untuk mem- punyai sebab yang betul dan berjuang untuk kebenaran yang betul, tetapi seperti yang dikatakan oleh T.S. Eliot dalam peringatannya, “Godaan terakhir adalah dorongan untuk melakukan pengkhianatan terbesar, iaitu mahu melakukan perbuatan yang betul tetapi niat di sebaliknya adalah kurang murni.”

Sekiranya pengarang Kitab Wahyu kembali hari ini dan meneliti kita, konservatif dan liberal, saya berpendapat, beliau mungkin mengatakan perkara yang sama yang dia katakan kepada orang-orang Kristian di Asia bertahun-tahun yang lalu, “Anda berdedikasi, itu sifat baik — tetapi sekarang, cinta di dalam diri anda begitu kurang berbanding ketika kita masih muda.”

Tindakan atau pendirian kita mungkin betul dan motif kita baik, tetapi terdapat bahagian dalam diri kita sekarang akan rasa benci terhadap orang lain.

Tanpa sedar, ketika masih muda, memang ada rasa benci dan sikap kurang baik, tetapi ia tidak ketara dan masih boleh dikawal. Kita perlu memiliki semangat mengawal dan sederhana ini.

Seseorang pernah berjenaka bahawa kita menghabiskan separuh pertama kehidupan kita dengan bergelut dengan Perintah Keenam, iaitu menghadapi pelbagai cabaran dengan api eros, dan kemudian menghabiskan separuh kedua kehidupan kita dengan bergelut dengan Perintah Kelima, dengan api kekecewaan, kemarahan, dan kebencian.

Semasa saya masih muda dan belum matang, saya pernah mengaku mempunyai “pemikiran buruk” (berkaitan dengan Perintah Keenam).

Sekarang, apabila telah berusia dan lebih matang, saya mengaku mempunyai “pemikiran buruk” (berkaitan dengan Perintah Kelima).

Saya takut, dengan kekurangan cinta pada diri saya sekarang berbanding ketika saya masih muda. Saya pergi ke seminari pada usia tujuh belas tahun dan selama lapan tahun tinggal di sebuah komuniti besar (lebih kurang empat puluh hingga lima puluh orang). Kami masih muda dan belum matang, tetapi kehidupan komuniti Bersama kami kebanyakannya indah.

Ini adalah tahun-tahun gembira. Hari ini, kami semua dalam kumpulan itu berusia tujuh puluhan dan matang.

Walau bagaimanapun, jika kami cuba hidup bersama sekarang, kami akan membunuh satu sama lain. Kita lebih matang — tetapi kita mungkin kurang cinta dalam diri kita sekarang berbanding ketika kita masih muda.

Diakui, ini boleh menjadi penghakiman yang sederhana. Adakah kita benar-benar kurang sifat penyayang?

Adakah cinta hanya untuk da-pat dikenal pasti melalui tenaga hangat, keramahan, dan bersikap baik antara satu sama lain?

Sebenarnya lebih daripada itu. Cinta yang sejati juga boleh menjadi kenabian, marah, dan keras.

Lebih-lebih lagi, banyak perkara secara semula jadi yang mendorong kepekaan kemudaan kita, kegembiraan, dan tenaga, dan menguatkan wajah kita.

Sikap spontan kita melantun, dan perlahan-lahan keramahan kita berkurangan kerana proses kehilangan kepolosan dan melalui peristiwa-peristiwa yang tidak da-pat dielakkan dalam hidup kita: kekecewaan, kegagalan, mengalami penolakan, kematian orang tersayang, kemerosotan kesihatan, dan merasai kematian kita sendiri yang semakin meningkat.

Perkara-perkara itu juga mengasak kita untuk bangkit, terpaksa melangkah dan keadaan sekeliling hidup kita pula kurang menyenangkan yang membuatkan kita berat untuk memancarkan kegembiraan masa muda, dan rasa pahit ini tidak semestinya berkaitan kehilangan cinta.

Sehingga kini, saya masih dihantui oleh gambaran Margaret Laurence tentang salah satu watak yang ditulisnya iaitu Hagar Shipley dalam novel “The Stone Angel”.

Ketika Hagar semakin ber-umur, dia semakin perengus dan tidak ramah dengan orang-orang di sekelilingnya, tanpa pernah menyedari betapa dia telah banyak berubah.

Pada suatu hari, seseorang membunyikan loceng rumahnya dan dia mendengar seorang gadis kecil memberitahu ibunya “wanita tua yang mengerikan itu ada di sebalik pintu.”

Mendengar ini, hati Hagar sangat terguris. Dia pergi ke bilik mandi, menghidupkan semua lampu, dan buat kali pertama dalam beberapa tahun, dia meneliti wajahnya di cermin dan terkejut dengan apa yang dilihatnya.

Dia tidak lagi mengenali wajahnya sendiri. Dia telah menjadi sesuatu yang lain berbanding dirinya yang dahulu. Wajahnya sekarang adalah orang tua yang pahit dan penuh kebencian.

Kita perlu melakukan apa Hagar lakukan, melihat wajah kita dengan baik di cermin.

Sangat digalakkan, letakkan gambar diri di sisi cermin, gambar kita semasa zaman kanak-kanak, remaja, dewasa muda, usia pertengahan, hingga usia sekarang dan amatilah bagaimana wajah anda pada tahun-tahun sebelumnya dan kini.

Lihat bagaimana ia telah berubah dari anda muda hinggalah sekarang. Malangnya, anda mungkin akan melihat terdapat beberapa tahap sukar yang mengeraskan hati anda disebabkan oleh penuaan semula jadi akibat kepahitan hidup, cemburu, dan kebencian. --Hakcipta Terpelihara 1999-2022@Fr Ron Rolheiser

Total Comments:0

Name
Email
Comments