Rayuan solidariti untuk wanita Afghanistan
“Wanita tidak diizinkan belajar. Kanak-kanak perempuan tidak diizinkan pergi ke sekolah menengah. Ini bererti mereka tidak memiliki hak asasi manusia,” kata Oliver Müller, Direktor Internasional Caritas Jerman.
Mar 17, 2023

KABUL: “Wanita tidak diizinkan belajar. Kanak-kanak perempuan tidak diizinkan pergi ke sekolah menengah. Ini bererti mereka tidak memiliki hak asasi manusia,” kata Oliver Müller, Direktor Internasional Caritas Jerman.
Beliau mengatakan hal ini setelah kembali dari Afganistam. Sebelumnya, Kerajaan Islam Taliban mengizinkan organisasi Katolik untuk memberikan bantuan kemanusiaan.
Pada Hari Wanita Sedunia, yang diperingati setiap tahun pada Mac 8, Caritas memberi tumpuan pada penderitaan kaum wanita di Afghanistan yang dilarang melanjutkan pelajaran ke Universiti manakala kanak-kanak perempuan di sekolah rendah, tidak diizinkan meneruskan persekolahan mereka ke sekolah menengah.
Dalam sebuah wawancara dengan Radio Vatikan, Müller mengatakan hak asasi wanita Afghanistan tidak dihormati.
Müller menyatakan bahawa Afghanistan adalah salah sebuah negara termiskin, dengan 28 juta penduduk yang bergantung pada bantuan luar.
Situasi masyarakat di Afghanistan masa ini, katanya, memerlukan bantuan segera. Pada masa yang sama, pihak berwenang Afghanistan telah menyatakan bahawa wanita tidak lagi diizinkan bekerja dalam bantuan kemanusiaan.
“Tidak diragukan lagi: mustahil kita bekerja tanpa wanita. Buktinya, semasa kunjungan saya ke Afghanistan, kekurangan tenaga kerja daripada kaum wanita membuatkan kerja-kerja bantuan rumit dan tidak teratur,” tegas Müller setelah kunjungannya ke Afghanistan.
Müller menekankan bahawa menurut laporan kaji selidik antarabangsa, Afghanistan menduduki tempat terburuk di dunia bagi kanak-kanak perempuan dan wanita.
Malah wanita di Afghanistan juga dilarang dari menyertai sebahagian besar kegiatan awam.
Müller membuat seruan yang tulus, agar Afghanistan layak mendapat bantuan dari seluruh dunia dan semoga krisis di Afghanistan tidak menjadi krisis yang terabai.
“Afghanistan adalah salah satu negara paling lemah dan termiskin di dunia. Dan untuk alasan ini, Caritas akan terus dan tinggal di sini,” ujar Müller.
Caritas Jerman telah hadir di Afghanistan sejak tahun 1984. Ia memberikan bantuan kepada jutaan orang melalui pelbagai projek kemanusiaan. — media Vatikan
Total Comments:0