Retret PASUTRI bantu temui kembali cinta keluarga

Lapan orang penceramah dari Komuniti Gratia, Keuskupan Agung Jakarta Indonesia telah dijemput ke Keuskupan Keningau bagi mengendalikan retret PASUTRI (Pasangan Suami Isteri Diberkati) baru-baru ini di Rumah Retret Keuskupan Keningau Tatal.

Jul 26, 2024

Pasangan suami isteri saling memaafkan semasa retret PASUTRI anjuran MPP KSFX, baru-baru ini di Keningau.


KENINGAU:
Lapan orang penceramah dari Komuniti Gratia, Keuskupan Agung Jakarta Indonesia telah dijemput ke Keuskupan Keningau bagi mengendalikan retret PASUTRI (Pasangan Suami Isteri Diberkati) baru-baru ini di Rumah Retret Keuskupan Keningau Tatal.

Ini merupakan kali kedua retret PASUTRI ini dianjurkan oleh Majlis Pastoral Paroki Katedral St Francis Xavier, Keningau.

Retret kali pertama telah diadakan pada Ogos 23 dengan tema, ‘Berdua Satu Tujuan’.

Pengisian ceramah retret ini membawakan banyak pemahaman dan pandangan rohani dalam pelbagai aspek hidup berumah tangga yang berpusatkan dalam Kristus kepada peserta.

Setiap sesi juga direka sesuai dengan keperluan bimbingan pratikal dan rohani dalam menggalakkan pasangan untuk meningkatkan hubungan sesama dan dengan Tuhan.

Fr Appolonius Yakis dalam homilinya semasa Misa Kudus pembukaan retret mengatakan retret ini bukan hanya merupakan masa suci kepada pasangan untuk mengeratkan hubungan suami isteri tetapi juga mendekatkan relasi mereka dengan Tuhan dalam hidup berkahwin.

Semasa Misa Kudus penutup, Msgr Gilbert Lasius yang juga merupakan pembimbing rohani Komisi Hidup Keluarga Kristian, Keuskupan Keningau mengetuai upacara pelafazan pembaharuan janji ikrar perkahwinan para peserta PASUTRI.

Ini mengingatkan mereka bahawa perkahwinan mereka bukan sahaja komitmen peribadi tetapi adalah sebuah perjanjian suci kepada Tuhan. — Melty Paulus

Total Comments:0

Name
Email
Comments