Roh Kudus protagonis RPA2024
Dengan semangat sinodaliti dan kesatuan, 500 umat Katolik dari Keuskupan Agung Kuala Lumpur, Keuskupan Pulau Pinang dan Melaka Johor, berhimpun di Pusat MAJODi bagi Perhimpunan Pastoral Serantau Semenanjung Malaysia 2024 (RPA2024) pada Ogos 25 hingga 27 lalu.
Sep 07, 2024
PLENTONG, Johor: Dengan semangat sinodaliti dan kesatuan, 500 umat Katolik dari Keuskupan Agung Kuala Lumpur, Keuskupan Pulau Pinang dan Melaka Johor, berhimpun di Pusat MAJODi bagi Perhimpunan Pastoral Serantau Semenanjung Malaysia 2024 (RPA2024) pada Ogos 25 hingga 27 lalu.
Dengan tema, “Merayakan, Mendengar dan Berjalan Bersama dalam Semangat Komuniti, Penyertaan dan Misi”, RPA2024 menjalani tiga proses sinodal iaitu penghayatan tema berbeza setiap hari.
Hari pertama bertema “Merayakan semangat kesatuan” yang dikendalikan oleh Uskup Agung Julian Leow, manakala hari kedua, Uskup Bernard Paul menjelaskan tema: Mendengar dalam Semangat menyertai dan pada hari ketiga atau penutup RPA2024, Kardinal Sebastian menghuraikan tema, “Berjalan dalam semangat misi.”
RPA2024 ialah proses sinodal. Oleh itu, bagi mencari kesepakatan panduan-panduan pastoral dan perbualan yang lebih luas dalam RPA2024, ia menggunakan “Perbualan dalam Roh Kudus” (CS).
61 kumpulan yang terdiri lapan peserta, seorang Animator dan seorang Note Taker, menjalani CS dengan merenung empat bidang utama yang telah ditetapkan oleh para Uskup Malaysia iaitu Keluarga, Gereja, Ekologi dan Masyarakat.
Apa yang ditekankan dalam CS ialah terbuka dalam Roh Kudus, mendengar dengan telinga hati dan menggunakan kaedah "saya-kami/kita" dalam perbualan.
Berdasarkan hasil CS dari 61 kumpulan itu, terbentuklah beberapa cadangan pastoral sebagai panduan, tindakan selanjutnya dan diguna pakai untuk perjalanan bersama menuju Perhimpunan Pastoral Malaysia 2026 (sila rujuk mukasurat 8).
Kardinal Sebastian Francis, semasa Misa Kudus penutup berbangga kerana RPA2024 telah menyerlahkan semangat peserta yang berjalan bersama , merayakan iman, peka terhadap suara dalam Gereja dan masyarakat serta menjadi penziarah harapan di dunia sambil mendengar Roh Kudus.
Sebelum kembali ke keuskupan masingmasing, 427 peserta RPA2024 telah diutus dan diberikan token berbentuk syiling emas, sebagai tanda atau pengingat bahawa mereka adalah garam dan terang dunia.
Setelah menjalani proses sinodal dan sambil menanti dengan gembira pertemuan tiga komponen Semenanjung, Kardinal Sebastian memetik Efesus 4:23-24, agar para peserta sikap dan fikiran mereka menjadi baharu dan mengingati bahawa Kristus menjanjikan Roh Kudus meyakinkan mereka bahawa doa mereka atas nama-Nya akan diterima (Yohanes 16:33).
Dua orang wakil dari Sabah dan Sarawak iaitu Fr Thomas Madanan dan Fr Patrick Heng, menjadi pemerhati dalam RPA2024.
Sarawak akan mengadakan Perhimpunan Pastoral Serantau pada September 18- 19 2024 manakala tiga keuskupan/agung di Sabah akan berhimpun pada Mei, 2025.
Total Comments:0