Rupa syaitan sebenar dalam diri kita

Pada hari ini, jika anda menutup mata anda dan cuba membayangkan Perjamuan Terakhir, imej dari lukisan Leonarda mungkin akan muncul secara spontan di fikiran anda, walaupun para sarjana telah mengesahkan bahawa ia bukanlah gambaran sebenar Yesus dan murid-muridnya duduk di jamuan itu.

Sep 23, 2022

Apa ada dalam sebuah imej? Sesuatu imej boleh melekat dalam ingatan kita dan menyangka ia adalah benar.

Sebagai contoh, lukisan terkenal Leonardo da Vinci tentang Perjamuan Terakhir. Pada hari ini, jika anda menutup mata anda dan cuba membayangkan Perjamuan Terakhir, imej dari lukisan Leonarda mungkin akan muncul secara spontan di fikiran anda, walaupun para sarjana telah mengesahkan bahawa ia bukanlah gambaran sebenar Yesus dan murid-muridnya duduk di jamuan itu. Begitulah kuasa seni.

Malangnya, ini juga berlaku ketika kita secara spontan membayangkan syaitan dan pengusiran syaitan.

Filem tentang kerasukan syaitan, seperti Rosemary's Baby, telah mencorak imej tertentu dalam diri kita.

Maka, kita membayangkan seseorang yang dirasuk syaitan sebagai orang yang berwajah hodoh, berkerut, penuh benci, terapung ke siling, memuntahkan cecair berwarna kuning dan menjijikkan dari mulutnya, berbau seperti gas beracun.

Gambaran kita tentang pengusiran syaitan pula menggambarkan seorang paderi yang sangat warak, berpakaian hitam tebal, dengan stola di lehernya, memanggil nama Yesus ketika dia memercikkan air suci, dengan syaitan yang menjerit kuat ketika dia cuba keluar dari badan yang dirasukinya.

Itulah gambaran kita tentang kerasukan syaitan dan pengusiran syaitan. Begitulah kuasa seni!
Tetapi, biasanya kerasukan syaitan dan pengusiran syaitan bukan begitu sahaja.

Sesungguhnya, membayangkan syaitan dan pengusiran syaitan dengan cara itu adalah lebih berbahaya kerana ia tidak membantu. syaitan lebih halus dan pengusiran syaitan menuntut proses yang teliti.

Apakah rupa syaitan dalam diri kita sebenarnya? Nah, imej wajah kusut yang memuntahkan gas beracun dan menjerit kebencian sebenarnya boleh memberi manfaat kepada kita.

Metafora ini membantu gambaran kita. Walau bagaimanapun, dalam kehidupan sebenar, wajah yang berkerut dan dipenuhi kebencian terlalu kerap menjadi wajah kita sendiri, dan racun yang termuntah dari kita sebenarnya adalah bahasa penuh kebencian yang kita lemparkan antara satu sama lain semasa kita mengecam ideologi, politik, moral, dan garis agama tertentu. Selain itu, pengusiran syaitan yang diperlukan bukanlah percikan air suci tetapi percikan Roh Kudus.

Apakah rupa syaitan sebenarnya?

Ada satu perkataan yang sangat berkuasa, yang membawa serangkaian syaitan lain iaitu paranoia.

Paranoia membawa: ketidakpercayaan, syak wasangka, lebih melindungi diri sendiri dan ketakutan. Apabila paranoia menguasai kita, kita menjadi curiga dan tidak mudah percaya.

Kita mula melihat semua orang seperti mengancam, musuh, dan semua naluri semula jadi kita mula menekan kita untuk melindungi diri sendiri, dan mula memesongkan wajah kita dan kita mula memuntahkan rasa tidak percaya.

Ini mungkin syaitan yang paling sukar untuk dihalau kerana ia begitu mendalam tertanam dalam diri kita. Bukan kebetulan bahawa perkataan metanoia (ringkasan cabaran Yesus kepada kita) adalah antitesis paranoia.

Kemudian ada syaitan yang bernama “keangkuhan” yang membuatkan kita sentiasa sedar tentang keistimewaan kita sendiri, syaitan jenis ini mahu kita berasa sangat istimewa, berbanding gembira.

Syaitan ini selalu membawa bersamanya teman yang sangat jahat yang dipanggil iri hati, syaitan yang melumpuhkan keupayaan kita untuk mengkagumi orang lain, menghalang kita untuk memberkati mereka, dan tidak berasa terancam oleh kejayaan mereka.

Seterusnya, ada juga syaitan kerakusan dan ketamakan. Kebanyakannya ini bukan hanya menggoda kita untuk terlalu menikmati makanan atau minuman dan mengumpul harta berlebihan.

Syaitan ini menyuntik kita dengan ketamakan untuk pengalaman, dengan obsesi untuk minum dalam segala-galanya, dengan obsesi untuk menjalin hubungan sosial dua puluh empat jam sehari.

Malah, syaitan kerasukan ini membawa kawannya, syaitan nafsu; yang mendorong kita menjadikan orang lain sebagai objek keinginan erotik kita dan dalam pelbagai cara lain yang tidak menghormati maruah manusia.

Ini adalah syaitan-syaitan sebenar yang menukar wajah kita dan tidak ada satu pun syaitan ini yang mengubah wajah kita kelihatan seperti anak kecil dalam Rosemary’s Baby, tetapi kesemua syaitan ini membuatkan kita memuntahkan ketidakpercayaan dan kebencian, bukannya kepercayaan dan pemahaman.

Bagaimanakah syaitan-syaitan ini dapat diusir? Nah, syaitan-syaitan ini bukan jenis yang biasanya bertindak balas terhadap percikan air suci. Ini perlu dibuang oleh Roh Kudus.

Kitab Suci menyatakan kepada kita bahawa Roh Kudus “meneliti segala-galanya”. Kitab Suci juga memberitahu kita bahawa Roh Kudus bukanlah kuasa abstrak yang tidak dapat disedari atau diketahui oleh kita. Sto Paulus dalam suratnya kepada orang Galatia, memberitahu kita dengan tepat siapa dan apakah Roh Kudus itu.

Rasul itu bermula dengan via negativa, memberitahu kita apa itu Roh Kudus dan Roh Kudus tidak boleh dikelirukan, dengan syaitan-syaitan seperti paranoia, ketidakpercayaan, syak wasangka, perlindungan diri, ketakutan, kesombongan, iri hati, tamak, rakus, dan nafsu.

Roh Kudus adalah lawan dari semua ini. Roh Kudus adalah roh amal, sukacita, damai sejahtera, kesabaran, kebaikan, kesabaran, kesetiaan, kelemahlembutan, dan kesucian.

Dua pertentangan tidak boleh wujud bersama dalam subjek yang sama dan oleh itu eksorsisme sebenar berfungsi dengan cara ini.

Semakin kita menjalani hidup beramal, gembira, damai, membuat pelbagai kebaikan, sabar, setia, lemah lembut dan kudus, semakin kita mengusir paranoia, ketidakpercayaan, ketakutan, kesombongan, kedengkian, ketamakan, kerakusan, dan nafsu – dan bagi mengurangkan syaitan kebencian dan mengurangkan kata-kata cemuhan, hasutan dan makian dari keluar dari mulut kita. — Hakcipta Terpelihara 1999-2022 @ Fr Ron Rolheiser

Total Comments:0

Name
Email
Comments