Sabda Pengharapan dan Pintu Rahsia, tarikan di Pusat Ziarah Keluarga Kudus, Keningau

Pusat Ziarah Keluarga Kudus, Nulu Sosopon (PZKKNS) merupakan salah satu tempat yang terpilih sebagai pusat ziarah di Keuskupan Keningau sepanjang Tahun Jubli 2025.

Mar 08, 2025


KENINGAU:
Pusat Ziarah Keluarga Kudus, Nulu Sosopon (PZKKNS) merupakan salah satu tempat yang terpilih sebagai pusat ziarah di Keuskupan Keningau sepanjang Tahun Jubli 2025.

Berikut adalah apa yang bakal dilalui oleh para penziarah apabila memilih PZZKNS sebagai tempat ziarah pada Tahun Harapan ini:

1. Pendaftaran dan taklimat
Penziarah akan membuat pendaftaran di Dewan Kalansanan. Di sini, penziarah akan diberi taklimat singkat mengenai perjalanan ziarah di PZKKNS serta katekesis mengenai Tahun Jubli 2025.

2. Sabda Pengharapan
Selesai sesi taklimat, penziarah diminta untuk mengambil Sabda Pengharapan. Sabda Pengharapan adalah Firman Tuhan yang ditulis di atas kad manila yang terdapat dalam pelbagai bentuk. Sabda Pengharapan ini perlu digantung di ranting Pohon Pengharapan yang telah disediakan.

3. Pintu Rahsia
Penziarah akan melalui sebuah ruangan gelap yang penuh dengan halangan sebagai simbolik tentang kehidupan manusia. Ia juga menggambarkan pentingnya kita bertaubat dalam mengharungi kehidupan ketika masih sebagai penziarah di dunia ini.

4. Doa dan Sakramen Pengakuan
Selesai sahaja aktiviti di ruangan gelap, penziarah boleh memilih untuk berdoa di tempat-tempat yang telah disediakan seperti Menara Salib, di hadapan patung Bonda Maria, Keluarga Kudus dan Msgr August Watcher.

Sebuah almari mini juga disediakan untuk penziarah meletakkan permohonan-permohonan doa mereka.

Sakramen Pengakuan juga diberikan kepada mereka yang memerlukan.

5. Misa Kudus
Ziarah akan ditutup dengan Misa Kudus. Selesai ziarah di PZKKNS, penziarah juga boleh melakukan ziarah di dua pusat ziarah yang terdekat iaitu Pusat Retret Keuskupan Keningau, Tatal dan Katedral St Francis Xavier, Keningau.

Untuk sebarang tempahan bagi melakukan ziarah ataupun pertanyaan lanjut mengenai Ziarah di Pusat Ziarah Keluarga Kudus, Nulu Sosopon, anda bolehlah menghubungi Pn Mathilda Nain: 013- 870 8773 dan Sdra Patrick Marius: 016-561 0167. --Juanis Marcus

Total Comments:0

Name
Email
Comments