Sabda Tuhan: Sumber Harapan

Bagi menghidupkan Hari Minggu Sabda Tuhan kali keenam, yang dirayakan di seluruh Gereja pada Januari 26, 2025, Sri Paus Fransiskus telah memilih tema yang dipetik dari Mazmur 119:74), “Aku berharap dalam Firman-Mu” (Mzm. 119: 74).

Jan 26, 2025

Seorang kanak-kanak menyentuh Kitab Suci semasa Kem Komuni Pertama di Akademik Sta Teresita, Zamboanga, Filipina. Gambar FB: Santa Teresita Academy


VATIKAN: Bagi menghidupkan Hari Minggu Sabda Tuhan kali keenam, yang dirayakan di seluruh Gereja pada Januari 26, 2025, Sri Paus Fransiskus telah memilih tema yang dipetik dari Mazmur 119:74), “Aku berharap dalam Firman-Mu” (Mzm. 119: 74).

Menurut Ketua Bersama Dikasteri untuk Penginjilan, Kardinal Rino Fisichellini, tema itu adalah seruan harapan manusia pada saat kesusahan, kesengsaraan, dan kekeliruan, berseru kepada Tuhan dan menaruh semua harapan kepada-Nya.

Ia adalah pengalaman manusia yang mendalam, seperti yang biasanya terdapat dalam Mazmur. Semua orang berharap, kita semua mempunyai harapan, tetapi apa yang disampaikan kepada kita dalam Jubli ini adalah “Harapan”, dalam bentuk tunggal.

Ia bukanlah idea abstrak atau optimisme naif, tetapi seseorang, hidup dan hadir dalam kehidupan setiap orang: Kristus yang disalibkan dan bangkit, satu-satunya yang tidak pernah meninggalkan kita. Dan ini sesungguhnya diperjelaskan dalam teologi Paulus: “Kristus Yesus harapan kita” (1 Tim. 1:1).

“Marilah kita berpegang teguh pada pengakuan kita yang memberi kita harapan, sebab Dia yang membuat janji itu dapat dipercaya,” (Ibr. 10:23).

Hakikat bahawa Tuhan setia kepada janji-janji- Nya begitu jelas daripada Perjanjian Lama kepada Perjanjian Baru, dan kerana ini kita boleh dipenuhi dengan kegembiraan dan keyakinan.

Sebagai suatu kepastian akan penggenapan janji, harapan Kristian “tidak mengecewakan” kerana ia diberikan kepada kita melalui kehadiran Roh Kudus yang berkesan (rujuk Rom 5:5). Itulah sebabnya kita boleh berharap dalam Firman-Nya.

Rasul Petrus mengesahkan hal ini melalui kata-katanya, “atas perintahmu aku akan menebarkan jala.” (Luk. 5:5), yang sebenarnya bermaksud, “Aku percaya kepada-Mu.” Harapan yang mengalir dari Firman ini timbul daripada jaminan iman dan mempercayakan kita kepada kasih Tuhan, yang tidak pernah bercanggah dengan dirinya sendiri atau janji yang dibuat.

Uskup Agung Fisichellini mengatakan jubli yang mengetuk pintu setiap 25 tahun dan mendorong kita untuk mengambil kehidupan dengan serius, menawarkan peluang untuk terus fokus pada harapan yang dibawa oleh realisme penginjil.

Hari Minggu Sabda Tuhan sekali lagi membenarkan orang Kristian untuk menyegarkan semula jemputan Yesus yang gigih untuk mendengar dan menghargai sabda- Nya, menawarkan kepada dunia satu kesaksian harapan yang membolehkan seseorang bergerak melampaui kesukaran masa kini.

Firman Tuhan tidak terbatas pada sebuah buku, tetapi ‘hidup’ dan menjadi tanda yang konkrit dan nyata.

Malah, ia mencabar setiap komuniti bukan sahaja untuk menyatakan kepercayaan yang sama seperti biasa, tetapi untuk menyampaikannya dengan keyakinan bahawa sabda-Nya membawa harapan kepada mereka yang mendengar dan menyambutnya dengan kerendahan hati.

Seseorang boleh hidup tanpa mendengar Sabda yang menciptanya dengan cinta, tetapi dengan ini, hidupnya tidak konsisten, makna kehidupan yang hilang, banyak perkara yang akan terlepas tanpa dapat menahannya.

Mungkin orang yang paling memahami hubungan antara sabda Tuhan dan harapan adalah seorang pagan, perwira Roma yang merayu kepada Yesus untuk menyembuhkan hambanya yang sakit, “Katakanlah saja, maka hambaku akan sembuh” (Mat. 8:8). Hanya satu perkataan daripada Kristus sudah cukup untuk dia mempunyai harapan dalam keselamatan!

Sto Petrus juga sangat memahami bahawa apa yang membangkitkan pengharapan adalah sabda Tuhan. Lebih-lebih lagi apabila ramai pengikut yang meninggalkan Yesus dan hanya sedikit yang tinggal lalu Petrus menyatakan, “Tuhan, kepada siapa lagi akan kami pergi? Engkaulah yang memiliki kata-kata hidup yang kekal.” (Yoh. 6:68, AVB).

Sabda Yesus kekal untuk Petrus dan kawankawannya sebagai benang pengharapan dalam kepenuhan kehidupan yang dapat mereka harapkan daripada Tuhan.

Kita diberi untuk hidup dalam persahabatan yang tidak terbatas dengan mendengarkan suara-Nya, yang memanggil kita untuk bersekutu dengan-Nya (Why. 3:20), sehingga memungkinkan Roh untuk menghasilkan dalam kita hidup yang baharu, yang melimpah dengan pengharapan dan dalam Tuhan yang menggenapi janji kehadiran-Nya melalui sabda- Nya. Sumber: http://www.evangelizatio.va/content/pcpne/en/attivita/parola/2025/sussidio.html

Total Comments:0

Name
Email
Comments