Sambutan Hari Tentera Darat ke-90 di Kem Terendak

Para pejuang tanah air beragama Kristian merayakan Hari Tentera Darat ke-90 dengan Misa Kudus pada Mac 5 lalu di Chapel Corpus Christi, Kem Terendak.

Mar 24, 2023

Uskup Bernard Paul, para paderi dan religius bersama anggota tentera darat.


KEM TERENDAK: Para pejuang tanah air beragama Kristian merayakan Hari Tentera Darat ke-90 dengan Misa Kudus pada Mac 5 lalu di Chapel Corpus Christi, Kem Terendak.

Uskup Bernard Paul, yang memimpin perayaan Ekaristi mengatakan Gereja amat menghargai serta menghormati tugas angkatan tentera yang mempertahankan negara.

Selebran bersama dalam Misa hari itu ialah Fr Claurence Motoyou, Fr John Yeow dan Diakon Anthony Chua.
Sambutan Hari Tentera ke-90 tahun ini masih mengekalkan tema “Kesejahte- raan Keluarga Tentera Darat Diutamakan, Kedaulatan Negara Terjamin.”

Dalam homilinya, Bapa Uskup mengatakan bahawa kita perlu mendengar Satu Suara yang menghidupkan, membimbing dan memberkati kita iaitu suara Tuhan.

Setiap hari kita terdedah dengan banyak suara yang mempengaruhi kita.

Katanya, “Manusia boleh bercakap dalam tujuh ribu perkataan, mendengar 20 hingga 30 ribu perkataan setiap hari. Tetapi ada Satu Suara yang kita perlu dengar, yang memberi kita kehidupan, panduan, penghiburan, pengampunan iaitu suara Tuhan.”

Merujuk kepada pembacaan Injil pada hari itu, beliau mengajak umat untuk menghadapi pelbagai cabaran hidup dengan mendengar suara Sang Gembala Baik melalui firman-Nya khususnya ketika diuji untuk taat kepada suara Tuhan, bagaimana meninggalkan zon selesa seperti Abraham, cabaran melawan kesangsian dalam mengikuti Yesus dan cabaran mempraktikkan sabda Tuhan di tengah-tengah arus kemodenan hidup.
Selepas Misa, sambutan Hari Tentera Darat ini dimeriahkan dengan upacara memotong kek bersama Bapa Uskup dan Mejar Dennis Liew Jia Yi. — Styvester Bresl

Total Comments:0

Name
Email
Comments