Selera humor Yesus

Ketawa memang ubat yang berkesan. Dalam Injil, Yesus tidak kurang selera humor-Nya. Bahkan, Dia menggunakannya untuk menyembuhkan kebodohan para pengikut-Nya.

Feb 07, 2025


Ketawa memang ubat yang berkesan. Dalam Injil, Yesus tidak kurang selera humor-Nya. Bahkan, Dia menggunakannya untuk menyembuhkan kebodohan para pengikut-Nya.

Misalnya ketika Dia berbicara tentang ragi orang Farisi. Dalam Injil, kita dapat melihat Dia berbahagi kegembiraan manusiawi: mengambil bahagian dalam perkahwinan di Kana; memberkati kanak-kanak comel yang cuba diusir oleh para Rasul yang terlalu tegas; memecahmecahkan roti dengan teman-teman, terutama dengan orang-orang berdosa.

Rasanya mudah untuk membayangkan bahawa pada waktu-waktu itu, ada banyak tawa dan senyuman yang hadir dari wajah Yesus.

Yesus juga mengkagumi ladang bunga lily. Dia bercerita tentang matahari terbenam atau benih kecil yang tumbuh menjadi pokok.

Dia juga merasakan kegembiraan yang mendalam ketika mengajar umat di rumah ibadat dan berziarah ke Bait Tuhan.

Semasa berkhutbah, Dia bersukacita dalam Roh Kudus dan memuji Bapa, serta memperkenalkan diri-Nya kepada anak-anak-Nya iaitu umat yang mendengar- Nya di Bait Tuhan.

Sukacita yang paling mendalam daripada Bapa dan Putera terletak pada kasih mereka yang mutlak satu sama lain: “Aku berkenan kepada-Nya.”

Yesus dalam kemanusiaan ilahi-Nya mengalami dan memancarkan sukacita syurgawi ini yang juga dapat kita bahagikan: “Aku datang kepadamu sekarang, tetapi Aku mengatakan hal-hal ini sementara Aku masih di dunia, supaya mereka memperoleh sukacita-Ku sepenuhnya di dalam mereka” (Yoh. 17:13).

Ketawa — menyelamatkan kita daripada sikap keras kepala, ketakutan dan godaan untuk menganggap diri kita terlalu serius.

Hidup memang sukar, tetapi ketawa dapat menambah rasa manis dan memberi kita ketahanan.

Hidup Yesus juga penuh dengan tawa. Meskipun tidak ada candaan-candaan Yesus yang tercatat dalam Kitab Suci namun kita dapat percaya, bahawa Yesus bukan peribadi yang bukan sepanjang masa berwajah serius, tentu ada banyak tawa, keramahan ketika seseorang dekat dengan-Nya.

Namun, tawa juga perlu kewaspadaan. Ada tawa difahami dengan penilaian negatif: sarkasme, ejekan, lelucon kasar.

Paulus mengingatkan, “Dia yang ingin tertawa bersama iblis tidak dapat bersukacita bersama Kristus!” (Efesus 5:4). Paulus memperingatkan jemaatnya terhadap jenis tawa negatif ini dalam Surat kepada jemaat di Efesus.

Ungkapan “tertawa terbahak-bahak” menunjukkan bahawa tertawa dapat menyebabkan seseorang kehilangan kendali, atau menjadi tidak manusiawi.

Dalam Injil Lukas, dicatatkan empat berkat diikuti oleh empat celaka, di antaranya “Celakalah kamu yang sekarang tertawa, kerana kamu akan berduka dan menangis.”

Tetapi ada juga jenis tawa yang baik: tawa yang menyegarkan, ramah dan berbudi luhur. Yesus Sang Penghibur dan Maha Pengasih, mencipta tawa berdasarkan rasa cintanya.

Tawa mereka membuat semua orang merasa senang. Selera humor dan kerendahan hati mereka berjalan beriringan dan berasal daripada sumber yang sama.

Mungkin seperti inilah dapat dibayangkan “selera humor” yang hadir dalam kebersamaan dengan Yesus. Sukacita yang dibawa-Nya, tawa yang tercipta dalam kebersamaan dengan-Nya, berasal daripada kasih-Nya yang mendalam terhadap para sahabat-Nya. --Aleteia

Total Comments:0

Name
Email
Comments