Semoga kita dapat melihat ...

Yesus dan murid-murid sedang me-lakukan perjalanan jauh dari Galilea menuju ke Yerusalem.

Oct 27, 2024

HARI MINGGU
BIASA KE-30
TAHUN B
YEREMIA 31:7-9
IBRANI 5:1-6
INJIL MARKUS 10:46-52

Yesus dan murid-murid sedang me-lakukan perjalanan jauh dari Galilea menuju ke Yerusalem.

Ketika mendekati Yerusalem, di Yeriko Yesus mendengar seruan kuat dari Bartimeus, si pengemis buta, “Yesus, Anak Daud, kasihanilah aku!”

Ramai orang menegur si buta, me-mintanya agar dia diam.

Mengapa orang ramai bereaksi seperti itu? Apakah kerana Bartimeus seorang pengemis yang kotor, berteriak-teriak dan mengganggu Yesus?

Si buta itu adalah juga warga masyarakat seperti mereka. Bukankah dia juga berhak melihat dan berjumpa dengan Yesus?

Ketika orang ramai mendengar si buta memohon kesembuhan daripada Yesus, bukankah mereka harus menolong dia, membawanya kepada Yesus?

Reaksi Yesus amat mengkagumkan. Di kala orang ramai cuba mendiamkan si buta, Dia meminta agar Bartimeus dibawa kepada-Nya!

Dan ketika si buta itu datang, Yesus bertanya: “Apa yang kau kehendaki Ku perbuat bagimu?” Jawaban Bartimeus: “Rabuni, semoga aku dapat melihat!”

Bartimeus disembuhkan dan dia dapat melihat. Tetapi dia melihat bukan hanya dengan matanya tetapi yang lebih pen-ting, Bertimeus melihat dengan mata imannya. Bagaimana? Sebab meskipun Bartimeus buta dalam penglihatan namun dia “melihat dengan imannya”, dengan jelas dan pasti siapakah Yesus itu sebenarnya! Itulah inti iman atau kepercayaan Bartimeus.

Kepercayaan inilah yang membuat dia menjadi murid-Nya. Pada akhir cerita Injil hari ini, dinyatakan bahawa Bartimeus “mengikuti Yesus dalam perjalanan-Nya”, iaitu ke Yerusalem, di mana Yesus akan menderita dan mati di-salib.

Apakah pesan Injil dalam kisah penyembuhan Bartimeus yang buta itu?

Rasa belas kasihan merupakan ciri khas pewartaan dan pelayanan Yesus. Kisah-kisah penyembuhan oleh Yesus, yang dicatat dalam Injil, bukan hanya menunjukkan penyembuhan penyakit mata fizikal tetapi juga penyakit mata/rohani/batin.

Kisah penyembuhan Bartimeus mengandungi sebuah pesan rohani iaitu pesan tentang hubungan antara melihat dan percaya.

Injil mengingatkan kita, bahawa di samping kebutaan jasmani/fizikal, ada juga kebutaan rohani/batin/jiwa.
Murid-murid Yesus dahulu dan sekarang, juga memiliki dan mengalami pelbagai ‘penyakit’ dalam cara berfikir dan bertindak.

Salah satu penyakit itu, secara simbolik, disebut penyakit “kebutaan” iaitu ketidakmampuan kita untuk memahami makna penderitaan atau kesukaran hidup yang kita alami.

Tanpa disedari kita sering memiliki pandangan yang sempit di mana penglihatan rohani atau batin kita terhadap orang lain dan keadaan masyarakat sering kali kabur, ibarat buta.

Dan akibat kebutaan penglihatan itu, ia menghasilkan sikap pandangan dan hidup yang suram, pesimis, kecewa bahkan putus asa.

Malah, kebutaan mata batin juga menimbulkan pandangan angkuh, merasa serba tahu, merasa selalu benar, bahkan merasa tak pernah salah. Maka, kita amat memerlukan mukjizat penyembuhan!

Kita ini harus bersikap seperti Bartimeus iaitu kita perlu sedar bahawa penglihatan atau mata rohani/batin kita sering buta, dan kita harus selalu merasai perlunya penyembuhan. Dan yang dapat menyembuhkan ialah Yesus Kristus.

Selain itu, mari memeriksa sikap dan hati kita, adakah kita juga sering bersikap dan berbuat seperti orang-orang yang berusaha menolak atau menyingkirkan Bartimeus ketika Bartimeus mahu datang kepada Yesus?
Atau, mahukah saudara dan saudari, bersama Bertimeus, berteriak kepada Yesus dan berusaha membantu mereka yang lemah, mendekati Yesus?

Kita harus berusaha mencari perkara-perkara yang menghalang atau melumpuhkan panggilan kita untuk berbuat baik terhadap sesama. Marilah kita mengulangi selalu doa Bartimeus: ‘Rabuni, semoga aku dapat melihat!” --Msgr F.X Hadisumarta O.Carm

Total Comments:0

Name
Email
Comments