Sempena Hari Migran dan Pelarian 2021, Sri Paus mengatakan menerima orang asing adalah sukacita besar di syurg

Sri Paus Fransiskus menyoroti pentingnya persaudaraan, saling menerima dan menghormati dalam masyarakat dunia lebih-lebih lagi kepada kaum migran da

Sep 24, 2021

VATIKAN: Sri Paus Fransiskus menyoroti pentingnya persaudaraan, saling menerima dan menghormati dalam masyarakat dunia lebih-lebih lagi kepada kaum migran dan pelarian.

Perkara ini ditekankan dalam pesan Hari Migran dan Pelarian ke107 yang disambut pada 26 Sept ini.

Dalam memperingati para migran dan pelarian yang menghadapi pelbagai percubaan getir, Sri Paus menjelaskan bahawa dalam ensiklik ‘Frateli Tutti’, ada keprihatinan dan harapan bila krisis kesihatan sekarang berlalu.

Untuk alasan ini, Bapa Suci ingin agar Hari Migran dan Pelarian Sedunia tahun ini untuk maju bersama menuju “kita” yang semakin luas.

Lebih lanjut, Sri Paus mengajak semua anggota gereja Katolik agar memiliki komitmen menjadi semakin setia kepada katolik. Beliau mengingatkan bagaimana Santo Petrus mengingatkan umat di Efesus.

“Ada satu tubuh dan satu roh, sama seperti anda dipanggil untuk satu harapan panggilan anda. Satu Tuhan, satu iman, dan satu pembaptisan.” (Efesus 4:4-5).

Hari Migran dan Pelarian Sedunia bermula pada tahun 1914, untuk mengungkapkan sokongan dan kepedulian terhadap orang-orang yang terpaksa meninggalkan tanah air mereka kerana peperangan, kebuluran, bencana atau kemiskinan.

Umat Katolik di seluruh dunia diundang untuk berdoa bagi para pelarian dan migran yang menghadapi banyak kesukaran.

Total Comments:0

Name
Email
Comments