Semua Nyawa kanak-kanak Bernilai

Februari 3, 2025 yang lalu ialah hari yang didedikasikan untuk kanak-kanak. Sempena hari tersebut, Vatikan telah mengadakan Sidang Kemuncak Antarabangsa mengenai Hak Kanak-Kanak yang pertama di Istana Apostolik dengan kehadiran Sri Paus Fransiskus, peguam bela, dan ketua NGO.

Feb 14, 2025

Demi memperjuangkan hak kanak-kanak, Sri Paus Fransiskus berhasrat akan menerbitkan Ekshortasi Apostolik tentang kanak-kanak. Gambar menunjukkan Bapa Suci bertemu dengan kanak-kanak semasa Sidang Kemuncak Antarabangsa Hak Kanak-kanak di Vatikan pada Februari 3, 2025. (Media Vatikan).


TAKHTA SUCI:
Februari 3, 2025 yang lalu ialah hari yang didedikasikan untuk kanak-kanak. Sempena hari tersebut, Vatikan telah mengadakan Sidang Kemuncak Antarabangsa mengenai Hak Kanak-Kanak yang pertama di Istana Apostolik dengan kehadiran Sri Paus Fransiskus, peguam bela, dan ketua NGO. Penceramah dari seluruh dunia datang untuk membincangkan krisis global berjutajuta kanak-kanak tanpa hak asasi manusia.

Mesej yang berbunyi sepanjang Sidang Kemuncak itu ialah “tiada yang lebih bernilai daripada nyawa seorang kanak-kanak.”

Dalam dunia yang ditandai dengan kemiskinan, peperangan, kekurangan pendidikan dan eksploitasi, kanak-kanak di merata dunia menghadapi ketidakadilan dan kelemahan.

Bapa Suci Fransiskus melahirkan rasa terima kasihnya kepada semua peserta dan penceramah kerana menjadikan “bilik Istana Apostolik sebagai ruang memerhati’ yang tertumpu pada realiti zaman kanak-kanak di seluruh dunia.”

Lebih daripada sekadar tempat untuk memerhati, Sri Paus turut menggambarkan Sidang Kemuncak itu sebagai “makmal” dan memetik kata-kata Fr Ibrahim Faltas, Vikaris Penjaga Tanah Suci yang mengatakan, “Kanak-kanak sedang memerhatikan kita.”

Sri Paus menjelaskan bahawa kanak-kanak memerhati “kita untuk melihat bagaimana kita bergerak ke hadapan dalam hidup.”

Sangti Papa turut menjelaskan bahawa beliau berhasrat untuk menulis Ekshortasi Apostolik yang didedikasikan kepada kanakkanak sebagai kesinambungan kepada komitmen memperjuangkan hak kanak-kanak dan mempromosikannya di seluruh Gereja.”

Tujuh orang panel merangkumi pelbagai topik: daripada hak kanak-kanak di dunia moden dan akses kepada pendidikan kepada hak untuk masa lapang dan hak untuk mendapatkan makanan dan penjagaan kesihatan.

Ratu Rania Al Abdullah dari Jordan dalam pesannya, menggesa masyarakat antarabangsa untuk menjaga setiap kanak-kanak tidak kira keadaan mereka.

Baginda Ratu menekankan itu adalah janji yang dibuat dunia kepada kanak-kanak kerana “setiap kanak-kanak mempunyai tuntutan yang sama terhadap perlindungan dan penjagaan kita.”

Ratu itu menekankan statistik yang mengejutkan tentang kanak-kanak di Gaza: 96% melaporkan merasakan kematian mereka akan berlaku dan hampir 50% berkata mereka ingin mati. Ratu Rania mengajukan soalan, “bagaimanakah kita membiarkan kemanusiaan kita sampai kepada ini? Hanya jika manusia melakukan usaha secara sedar visi indah dunia yang lebih baik dapat disatukan.

Seorang lagi penceramah dalam sidang tersebut, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore, memberi amaran terhadap ancaman kemusnahan ekologi — yang merupakan beban kepada anak-anak di bumi ini.

Tegasnya, “kebutaan yang disengajakan telah menghalang ramai daripada melihat kesan pemanasan global, gas rumah hijau, dan bentuk perubahan iklim yang lain. Gore, Pengasas dan Presiden The Climate Reality Project menegaskan bahawa bukan generasi semasa yang akan terkena akibatnya, tetapi generasi anak-anak kita.

“Kanak-kanak adalah keindahan dunia,” kata Presiden GKSD Investment Holding Group, Kamel Ghiribi. Beliau berhujah bahawa kita mesti melihat lebih daripada sekadar mencari penyelesaian kepada kelaparan dan ketidakadilan untuk kanak-kanak, “kita mesti mencari untuk mencari punca masalah di sebalik masalah.”

Beliau mencabar semua yang hadir dan masyarakat antarabangsa untuk menjadikan Sidang Kemuncak ini berbeza daripada yang lain dan melaksanakan panggilan untuk membantu kanak-kanak selepas Sidang Kemuncak itu tamat. Daripada hanya berkumpul bersama, mendengar ucapan yang indah, Ghiribi menggesa ahli Sidang Kemuncak untuk mengambil tindakan. “Saya harap apabila kita semua yang meninggalkan tempat ini, kita akan membuat tindakan konkrit di tempat masing-masing.”

Pada akhir Sidang Kemuncak, Bapa Suci Fransiskus, bersama para penceramah menandatangani deklarasi lapan prinsip mengenai perlindungan dan penjagaan hak kanakkanak.

Dan dengan seruan untuk bertindak ini dan matlamat untuk mencipta masa depan yang adil, walaupun Sidang Kemuncak berakhir hari ini, misinya akan diteruskan sehingga setiap kanak-kanak mendapat akses kepada hak asasi manusia yang paling asas. --Media Vatikan

Total Comments:0

Name
Email
Comments