Semua yang dibaptis diajak berdoa seperti paderi

Setiap orang yang dipermandikan sebagai seorang Kristian dibaptis dalam keimamatan Yesus Kristus.

May 18, 2024

Dengan berdoa Ibadat harian, kita berdoa seperti paderi, mendoakan doa Kristus dengan tubuhNya, Gereja.


Kita semua adalah paderi berkat dari pembaptisan kita, dan dengan itu diajak , iaitu, untuk berdoa bagi dunia sebagai paderi melalui doa Kristus dan Gereja. Apakah maksudnya sebenarnya?

Setiap orang yang dipermandikan sebagai seorang Kristian dibaptis dalam keimamatan Yesus Kristus.

Keimamatan diberikan kepada semua orang Kristian yang dibaptis dan bukan hanya hak prerogatif, malah dibaptis dengan tanggungjawab sama seperti mereka yang ditahbiskan secara rasmi untuk pelayanan, dan dengan ini, pembaptisan membawa jemputan kepada semua orang Kristian dewasa.

Jemputan ini adalah sesuatu yang sangat konkrit. Kita tidak perlu berfikir tentang apa yang kita mahu lakukan atau mencipta sesuatu.

Sebaliknya, kita dijemput untuk menyertai satu praktik yang bermula dari para Kristian awal dan diturunkan kepada kita hari ini, iaitu, amalan berdoa dua set doa yang mempunyai pelbagai nama, untuk didoakan setiap hari yang dipanggil: Ibadat Harian, The Divine Office, The Canonical Hours atau The Breviary.

Sejak zaman biarawan Kristian terawal, doa-doa ini telah menjadi elemen utama dalam doa Gereja, Katolik dan bukan Katolik. Terdapat lapan set doa sedemikian, masing-masing bertujuan untuk diucapkan pada waktu yang berbeza dalam sehari dan dikaitkan dengan suasana dan cahaya waktu itu.

Lapan rakaat doa ini ialah: Lauds (didoakan pada waktu subuh); Prime dan Terce (didoakan pada waktu pagi); Sext (tengah hari); None (bila-bila masa pada waktu tengah hari); Vespers (didoakan ketika hari kerja berakhir); Compline (didoakan pada waktu malam); dan Vigils (didoakan pada jam tertentu waktu malam).

Lihatlah nama doa ini. Ibadat Harian (The Liturgy of the Hours).

Dan doa ini perlu dibezakan dari doa peribadi kita. Ibadat Harian bukan meditasi peribadi, tetapi ia adalah apa yang dipanggil sebagai doa umum, doa liturgi, doa Gereja, doa Kristus untuk dunia.

Sebaik-baiknya, Ibadat Harian didoakan secara komunal, tetapi ia tetap doa umum Gereja walaupun ia didoakan sendirian.
Matlamat doa-doa dalam Ibadat Harian adalah untuk menyertai doa rasmi Gereja dan berdoa bersma ribuan (mungkin berjuta-juta) orang Kristian di seluruh dunia yang sedang mendoakan doa imamat Kristus untuk dunia.

Oleh kerana ini adalah doa-doa Gereja dan bukan doa kita sendiri, kita tidak bebas untuk mengubahnya atau menggantikan doa-doa ini mengikut sikap, ketakwaan atau citarasa teologi kita.

Doa-doa ini tidak semestinya bermakna secara peribadi kepada kita setiap hari. Kita berdoa Ibadat Harian sebagai paderi, doa yang sangat penting dan indah, kita berdoa sebagai paderi yang menawarkan doa untuk dunia, tanpa mengira ia bermakna secara afektif kepada kita pada hari tertentu atau sepanjang tempoh hidup kita.

Memenuhi tanggungjawab memang selalunya tidak memberi makna secara afektif. Tetapi semasa mendoakan doa-doa ini, kita memikul salah satu tanggungjawab kita sebagai orang Kristian dewasa, iaitu berdoa bersama Gereja, bersama Kristus, untuk dunia.

Dua waktu berdoa (Pagi dan petang) di mana kita dijemput untuk berdoa setiap hari mengikut struktur yang mudah: tiga mazmur, bacaan kitab suci yang singkat, nyanyian Kristian kuno (Benediktus atau Magnifikat), satu siri permohonan pendek, Doa Bapa Kami dan doa penutup.

Jadi, ini adalah jemputan: sebagai seorang Kristian dewasa, sebagai seorang paderi rahmat dari pembaptisan anda, sebagai seorang wanita atau lelaki yang prihatin terhadap dunia dan Gereja, saya menjemput anda untuk menyertai beribu-ribu orang Kristian di seluruh dunia dan setiap hari berdoa Ibadat pagi Gereja (Lauds) dan Ibadat Senja (Vesper).
Kemudian, seperti Kristus, sebagai paderi, anda akan mempersembahkan korban untuk dunia.

Selepas itu, apabila anda menonton berita dunia dan berasa kecil hati dan tidak berdaya menghadapi semua yang tidak betul di dunia dan bertanya kepada diri sendiri, apakah yang boleh saya lakukan? Nah, anda boleh melakukan sesuatu yang sangat nyata, berdoa bersama Kristus dan Gereja untuk dunia.

Di manakah anda boleh mendapati doa-doa ini, doa harian Lauds dan Vespers? Buku yang mengandungi doa-doa ini boleh dibeli dari mana-mana pusat penerbitan agama, Katolik atau Protestan.

Malah, sebenarnya, tidak perlu membelinya. Hari ini ia boleh didapati (percuma) dalam talian. Hanya libatkan enjin carian anda dan taip The Liturgy of the Hours atau ibreviary dan anda akan menemuinya.

Dalam mendoakan doa-doa ini setiap hari, sama ada bersendirian atau (idealnya) dengan orang lain, anda akan memikul kuasa istimewa dan tanggungjawab yang diberikan kepada anda dalam pembaptisan anda serta akan memberikan hadiah penting kepada dunia.

(Dan anda tidak perlu lagi bergelut dengan persoalan, bagaimana saya harus berdoa hari ini? — Hakcipta Terpelihara 1999-2024 @ Fr Ron Rolheiser)

Total Comments:0

Name
Email
Comments