Seni menangani tekanan untuk kesihatan mental lebih baik

Tekanan adalah perasaan semula jadi yang tidak dapat menghadapi peristiwa tertentu dalam kehidupan.

Sep 23, 2022


GEORGETOWN:
Tekanan adalah perasaan semula jadi yang tidak dapat menghadapi peristiwa tertentu dalam kehidupan. Ia boleh menjadi reaksi negatif fizikal, mental atau emosi, dan jika tidak diberi perhatian, ia boleh bertambah kronik.

Memandangkan ramai yang bergelut dengan tekanan pasca pandemik, Fr Charles Chin, yang merupakan Paderi di Gereja St Micheal, Alor Setar, memperkenalkan semula program retret meditasi 20 jam bertajuk “Seni Mengawal Tekanan” selepas tertangguh selama dua tahun.

Gereja Risen Christ, Air Itam adalah yang pertama menganjurkan sesi dua hari tersebut, dihadiri seramai 24 orang.
Sesi ini juga telah diadakan di Gereja Nativity of the Blessed Virgin Mary, Butterworth pada Sept 16 dan 17, dan Katedral Roh Kudus, Pulau Pinang pada Sept 24 - 25.

Sebagai fasilitator retret, Fr Charles menjelaskan kepada para peserta bahawa beliau hanya dapat memberi bimbingan, iaitu teknik yang logik, boleh difahami dan boleh dikenal pasti.

Teknik yang digunakan dalam “Seni Melepaskan Tekanan” adalah berbentuk bentuk meditasi di mana peserta dibimbing cara melepaskan tekanan dari dalam diri mereka.

Terdapat banyak cara untuk melepaskan tekanan misalnya: menyanyi, berjalan pagi, menghabiskan masa berkualiti bersama anak-anak atau orang tersayang anda, atau melakukan apa-apa perkara yang baik yang anda suka lakukan. Menurut Fr Charles, ia terpulang kepada individu.

Meskipun tekanan hidup ini boleh memuncak, kerana kita tidak pernah tahu bila kemalangan, kesukaran atau bencana akan berlaku, Fr Charles memberi keyakinan kepada para peserta dengan petikan dari Injil Yohanes 14:27, di mana “Yesus berkata, damai sejahtera Ku tinggalkan bagimu, damai sejahtera-Ku Kuberikan kepadamu” , dan dari Lukas 17:21, Yesus bersabda, “Kerajaan Tuhan ada di dalam kamu”.

Ada kalanya kita tidak dapat merasakan damai dan kasih Tuhan disebabkan peristiwa pahit masa lalu, yang berada di alam bawah sedar kita.

Program seperti “Seni Melepaskan Tekanan” boleh membantu secara beransur-ansur, menghapuskan kesakitan lampau dan membantu meleraikan tekanan yang menekan kita.

Fr Charles menggalakkan para peserta untuk bermeditasi sekurang-kurangnya setengah jam setiap hari, bagi mendapatkan hasil yang diinginkan.

Total Comments:0

Name
Email
Comments