Siapkah kamu memikul Salib?

Archdiocesan Bahasa Malaysia Apostolate (ABMA) telah melaksanakan program susulan jangkauan (outreach) untuk Komuniti Umat berBahasa Malaysia (KUBM) di paroki St Christopher Gemas, Negeri Sembilan pada Mac 2-3 lalu.

Mar 28, 2024

Program jangkauan kali kedua ABMA di Gereja St Christopher, Gemas.


GEMAS:
Archdiocesan Bahasa Malaysia Apostolate (ABMA) telah melaksanakan program susulan jangkauan (outreach) untuk Komuniti Umat berBahasa Malaysia (KUBM) di paroki St Christopher Gemas, Negeri Sembilan pada Mac 2-3 lalu.

Program jangkauan pertama pernah dilaksanakan pada Februari 18-19, lepas. Program susulan ini bertema ‘Menghidupi Panggilan Melalui Pelayanan’ merupakan anjuran bersama ABMA dengan KUBM St Christopher.

ABMA turut bekerjasama dengan Archdiocesan Office for Human Development (AOHD) bagi memperkenalkan fungsi AOHD dan pelaksanaan kempen Pra-Paskah 2024.

Program selama dua hari tersebut telah dihadiri seramai 70 peserta dan merangkumi enam sesi.

Sesi pertama yang dikendalikan oleh Sdri Adira Galusin menjelaskan fungsi AOHD iaitu pelayanan pembangunan insan untuk Keuskupan Agung Kuala Lumpur.

Ini disusuli dengan sesi kedua oleh Brother Charles yang memberi penekanan tentang “Keinsafan, Berpantang dan Persiapan”.

Sesi Pengakuan Dosa diikuti Misa Kudus diadakan pada sebelah petang yang dipimpin oleh Fr Albet Arockiasamy, Fr Nicholas Hoh OCD dan Fr George Ho OCD.

Sesi ketiga, iaitu Bengkel SWOT (Strength-Weakness-Opportunity-Threat), membawa peserta menilai semula pelayanan mereka semenjak program jangkauan pertama iaitu dengan menilai semula kekuatan, kelemahan, peluang, dan ancaman. Kemudian, secara berkumpulan, mereka membentangkan hasil perbincangan.

Hari kedua dimulakan dengan doa. Seterusnya, dalam Sesi Empat dan Lima, topik ‘Percaya’ dan ‘Mengasihi’ telah disampaikan oleh Sdra Egbert dan dibantu oleh Sdri Elena.

Egbert mengongsikan bagaimana ‘Percaya’ boleh diukur dengan menggunakan tiga faktor iaitu Kebolehan, Kebaikan, dan Integriti Yesus.

Dengan menggunakan tiga faktor tersebut, para peserta diminta untuk menilai kembali perlayanan mereka dengan doa soalan renungan: “Adakah saya sanggup mengambil risiko” dan “Adakah saya mahu memikul salib?”

Sesi terakhir dikendalikan oleh Sdra Walter dan Spencer tentang teknik ‘Melihat, Menilai dan Bertindak’ (See, Judge, Act).

Analisis berkumpulan menggunakan kajian kes dijalankan dengan menggunakan soalan-soalan terbimbing bagi membantu para peserta memahami teknik ‘Melihat, Menilai dan Bertindak’.

Program ini diakhiri dengan sesi perkongsian aktif daripada peserta mengikut kumpulan. — Elena Woo

Total Comments:0

Name
Email
Comments