Sr Rose Wong, kekal Pemimpin Umum untuk Sister Sarawak
25 perwakilan religius wanita, Sister of St Francis Sarawak (SSFS) telah menyertai Perhimpunan Umum Ke-13 barubaru ini di Konven Immaculate Conception, Padungan, Kuching.
Feb 07, 2025

KUCHING: 25 perwakilan religius wanita, Sister of St Francis Sarawak (SSFS) telah menyertai Perhimpunan Umum Ke-13 barubaru ini di Konven Immaculate Conception, Padungan, Kuching.
Perhimpunan Umum itu mengangkat tema, “Memajukan Kesatuan Kita dengan Kristus Menuju Seratus Tahun dan Seterusnya” sekali gus merayakan ulang tahun ke-800 stigmata Sto Fransiskus dari Assisi.
Perhimpunan Agung itu teruja untuk menyambut ulang tahun ke- 100 SSFS pada tahun 2028 dengan pembentangan ringkas tentang sejarah kongregasi SSFS dan sebagai panduan bagi para religius itu untuk melakar perjalanan hidup bakti mereka pada masa hadapan.
Sebelum perhimpunan, para perwakilan terlebih dahulu mengikuti retret selama tiga hari pada akhir November tahun lalu.
Laporan daripada pelbagai komisi kongregasi itu memberikan gambaran keseluruhan yang baik tentang kekuatan dan kelemahan SSFS.
Melalui pembentangan, ia menunjukkan cabaran, peningkatan bilangan religius, pengaruh sekularisme dan apa yang berlaku di dunia pada masa kini.
Kisah Yesus Yohanes 21, mengajak para Sister untuk memulihkan kemuridan mereka serta menyeru para SSFS meneruskan misi dan pelayanan mereka sebagai Sisters of St Francis of Sarawak.
Semangat para religius ini disegarkan untuk mengikuti jejak Santo Pelindung mereka, Sto Fransiskus dari Assisi.
Pada akhir perhimpunan, SSFS telah memilih semula Sr Rose Wong sebagai Pemimpin Umum untuk penggal enam tahun, Sr Irmina Peter sebagai Penolong Pemimpin Umum, Sr Agatha Ling sebagai Ahli Majlis Pertama, Sr Natasia Tay sebagai Ahli Majlis Kedua dan Sr Catherine Uming sebagai Ahli Majlis Ketiga. --Today’s Catholic
Total Comments:0