Sri Paus bakal siap dokumen tentang Hati Kudus Yesus
Bapa Suci Fransiskus telah mengumumkan bahawa beliau sedang bersiap untuk menulis dokumen yang didedikasikan untuk pengabdian “menerangi jalan pembaharuan Gereja, tetapi juga untuk mengatakan sesuatu yang penting kepada dunia yang nampaknya telah kehilangan semangatnya. ”
Jun 15, 2024
VATIKAN: Bapa Suci Fransiskus telah mengumumkan bahawa beliau sedang bersiap untuk menulis dokumen yang didedikasikan untuk pengabdian “menerangi jalan pembaharuan Gereja, tetapi juga untuk mengatakan sesuatu yang penting kepada dunia yang nampaknya telah kehilangan semangatnya. ”
Semasa berbicara pada Audiensi Umum mingguan pada minggu pertama bulan Jun, bulan yang didedikasikan untuk Hati Kudus Yesus — Bapa Suci menyatakan bahawa pada Disember 27 lalu, sempena perayaan ulang tahun ke-350 penglihatan pertama Sta Margaret Mary Alacoque tentang Hati Kudus Yesus. Pada tarikh itu, perayaan untuk ibadat ini bermula di kebanyakan negara di seluruh dunia dan ia akan berakhir pada Jun 27, tahun depan.
Sri Paus mengatakan bahawa beliau sedang menyediakan “sebuah dokumen yang mengumpulkan refleksi berharga dari teks-teks lama magisterial dan berdasarkan sejarah Kitab Suci, untuk memperkenalkan semula devosi Hati Kudus yang sarat dengan keindahan rohani untuk dunia yang telah ‘kehilangan hati’.”
“Saya percaya akan sangat bermanfaat bagi kita untuk merenungkan pelbagai aspek kasih Tuhan yang dapat menerangi jalan pembaharuan Gerejawi; tetapi juga untuk mengatakan sesuatu yang penting kepada dunia yang seperti kehilangan hati,” katanya.
Sri Paus Fransiskus meminta umat beriman untuk menemaninya dalam doa pada masa persiapan ini, agar dapat mempersembahkan dokumen tersebut kepada umum pada bulan September ini. — CNA
Total Comments:0