Sri Paus Fransiskus bakal tubuhkan pelayanan ‘katekis'

Sri Paus Fransiskus akan mewujudkan sebuah pelayanan baharu dalam Gereja Katolik bagi mereka yang mengajar asas-asas iman kepada kanak-kanak dan yang lain, kata Vatikan pada 5 Mei.

May 07, 2021

VATIKAN: Sri Paus Fransiskus akan mewujudkan  sebuah pelayanan baharu  dalam Gereja Katolik bagi mereka yang mengajar asas-asas iman  kepada kanak-kanak dan yang  lain, kata Vatikan pada 5 Mei.

Dalam catatan ringkas kepada wartawan,  Vatikan menjelaskan bahawa pihaknya  akan mengadakan sidang media pada 11  Mei untuk membentangkan papal motu  proprio baharu (atas inisiatifnya sendiri). 

Dokumen itu bertajuk Antiquum ministerium dan akan "menubuhkan pelayanan  katekis," ujar catatan itu.Di Gereja Katolik, seorang katekis adalah seseorang yang  mengajarkan asas-asas inti iman. Pada  abad-abad awal, para katekis selalunya di  kalangan imam atau anggota majlis agama  namun pada masa kini, orang awam sering  menjadi orang sukarelawan atau kadangkadang bekerja di sekolah atau paroki Katolik untuk mengajar dasar-dasar agama. 

Keputusan Fransiskus untuk mengiktiraf katekis secara lebih formal sebagai  pelayanan atau kerasulan di gereja merupakan sahutan kepada Sinode Uskup 2019  dari wilayah luas Amazon, yang meminta  pengiktirafan lebih baik bagi pelbagai peranan yang dimainkan oleh orang awam  dalam struktur gereja.

Sidang akhbar Vatican pada 11 Mei akan  dipimpin oleh Uskup Agung Rino Fisichella, presiden Dewan Kepausan untuk  Promosi Penginjilan Baharu.

Beberapa jam selepas pengumuman  awal motu proprio baru, Berita Vatikan  menjelaskan bahawa buat pertama kalinya,  Bapa Suci Fransiskus menyatakan hasrat secara rasmi mewujudkan pelayanan  katekis dalam pesan video 2018 kepada  para peserta Kongres Antarabangsa Katekis Kedua. 

“Menjadi katekis adalah panggilan ..dan  ia ada pelayanan sejati dan benar dalam  Gereja,” demikian antara kata Sangti Papa  dalam pesan video tersebut. — NCR

Total Comments:1

Name
Email
Comments
Prispinus luminusPrispinusluminuscrispinus@gmai
Saya percaya bahawa menjadi seorang katekis adalah datang dari besakan dan panggilan Tuhan.Seseorang itu haruslah menyerahkan diri seluruh kepada Allah.Membantu Geraja2 katolik.