Sri Paus Fransiskus hubungi Gereja di Gaza dari hospital
Pejabat akhbar Takhta Suci mengeluarkan kenyataan pada petang Rabu, Mac 6 yang menyediakan maklumat terkini perubatan harian mengenai kesihatan Sri Paus Fransiskus.
Mar 15, 2025

VATIKAN: Pejabat akhbar Takhta Suci mengeluarkan kenyataan pada petang Rabu, Mac 6 yang menyediakan maklumat terkini perubatan harian mengenai kesihatan Sri Paus Fransiskus.
“Bapa Suci tetap stabil hari ini (Mac 6) tanpa sebarang episod kekurangan pernafasan,” demikian antara laporan pejabat akhbar Takhta Suci.
“Memandangkan kerumitan keadaan klinikal, prognosis tetap dijaga. Pada pagi itu, Bapa Suci mengambil bahagian dalam upacara berkat abu suci dan turut menerima abu suci serta menerima komuni.
Selepas itu, Bapa Suci melakukan beberapa aktiviti kerja. Pada waktu pagi, beliau menghubungi Fr Gabriel Romanelli, paderi paroki Gereja Keluarga Suci di Gaza.
Pada sebelah tengah hari, beliau berehat dan menyambung tugasnya semula.
Sri Paus Fransiskus menerima rawatan untuk radang paru-paru dua hala di Hospital Gemelli Roma sejak dia dimasukkan ke hospital pada Februari 14 lalu,
Bapa Suci aktif bekerjasama dengan terapi yang ditetapkan dan masa diperlukan untuk penilaian lanjut. Gambar klinikal tetap stabil meskipun konteks keadaan yang kompleks. Media Vatikan
Dalam huru-hara berita palsu yang mengatakan Bapa Suci sedang tenat malah meninggal dunia, Sri Paus Fransiskus merekodkan pesan suara dalam bahasa Sepanyol kerana tahu seluruh dunia sedang mendoakannya sejak dimasukkan ke hospital.
Pesan suara Sri Paus itu disiarkan di Dataran Sto Petrus, 9.00 malam waktu Roma pada Mac 6, sebelum doa rosari yang diketuai oleh Kardinal Ángel Fernández Artime, Prefek Bersama Dikasteri Institut Hidup Bakti dan Persatuan-persatuan Kehidupan Apostolik. --Media Vatikan
Total Comments:0