Sri Paus Fransiskus kembali ‘bekerja’ selepas pembedahan

Sri Paus Fransiskus mendaftar keluar ari Hospital Gemelli pada 14 Julai lalu selepas dibedah pada 11 Julai lalu. Sejurus meninggalkan hospital, Bapa Suci mengunjungi Basilika St Mary Major dan berdoa di hadapan patung Perawan Maria Santa Pelindung Roma.

Jul 16, 2021

VATIKAN: Sri Paus Fransiskus mendaftar keluar ari Hospital Gemelli pada 14 Julai lalu selepas dibedah pada 11 Julai lalu. Sejurus meninggalkan hospital, Bapa Suci mengunjungi Basilika St Mary Major dan berdoa di hadapan patung Perawan Maria Santa Pelindung Roma.

Matteo Bruni, Direktor Akhbar Takhta Suci menjelaskan bahawa sebelum Bapa Suci Fransiskus kembali ke Roma, beliau terlebih dahulu melawat Basilika St Mary Major untuk berdoa di hadapan ikon Perawan Maria. “Bapa Suci mengungkapkan kesyukuran di atas kejayaan pembedahan dan berdoa bagi yang sakit, khususnya mereka yang masih berada di hospital.”

Semasa dirawat di hospital, Bapa Suci mengunjungi pesakit kanak-kanak di wad Onkologi yang terletak di tingkat sama di mana beliau menjalani rawatan pasca pembedahan. Prelatus itu juga memimpin doa Angelus dari balkoni Hospital pada 11 Julai 2021. Malah, Uskup Roma itu turut membawa beberapa orang pesakit kanak-kanak semasa menyampaikan Angelus. — Media Vatikan

Total Comments:0

Name
Email
Comments