Sri Paus umum Kardinal pertama Malaysia

Pada 9 Oktober lalu, iaitu semasa akhir Doa Angelus, Paus Fransiskus mengumumkan pembentukan 17 kardinal baru.

Oct 14, 2016

KUALA LUMPUR: Sejarah baru tercipta dalam Gereja Malaysia apabila Paus Fransiskus mengumumkan Uskup Agung Emeritus Kuala Lumpur, Anthony Soter Fernandez, sebagai Kardinal.

Pada 9 Oktober lalu, iaitu semasa akhir Doa Angelus, Paus Fransiskus mengumumkan pembentukan 17 kardinal baru.

Calon Kardinal Soter merupakan salah seorang kardinal yang akan dimasukkan dalam dewan para kardinal pada 19 November, 2016 pada malam menjelang penutupan Tahun Jubli Belas Kasihan.

Soter yang bersara sebagai Uskup Agung Kuala Lumpur pada Mei 2003, merupakan salah seorang daripada empat orang kardinal baru berusia lebih 80 tahun, yang diberi penghormatan atas pelayanan jangka panjang mereka terhadap Gereja.

Calon Kardinal Soter yang bersara sebagai Uskup Agung Kuala Lumpur pada Mei 2003, merupakan salah seorang daripada empat orang kardinal baru, yang diakui diberi penghormatan atas pelayanan jangka panjang mereka terhadap Gereja.

Kepimpinan besar Anthony Soter telah terbukti dalam teras dan melalui kenyataan Visi-Misi untuk Gereja-gereja Semenanjung Malaysia. Ia telah menjadi mercu tanda sejarah dalam perjalanan Semenanjung Gereja.

Pada peringkat kebangsaan, Uskup Agung Soter dengan beraninya menegur dan mengecam ISA sebagai “tidak bermoral.” Beliau merupakan seorang pemimpin yang berani dan sangat taat kepada Injil. Prelatus itu merumuskan Injil kepada dua perkataan yang juga telah menjadi motonya iaitu Keadilan dan Keamanan.

Calon kardinal Fernandez Soter, merayakan ulang tahun imamat ke- 50 pada tahun ini dilahirkan pada 22 April 1932. Beliau ditahbis sebagai paderi pada 10 Disember 1966. Prelatus itu dilantik sebagai Uskup Pulau Pinang pada 17 Februari 1978 dan beberapa tahun kemudian, dilantik sebagai Uskup Agung Kuala Lumpur.

Beliau bersara sebagai Uskup Agung Kuala Lumpur pada usia 71, pada 24 Mei 2003. Kemudian beliau ditugaskan ke Kolej Seminari General di Pulau Pinang sebagai Ketua Rohani. Selepas tamat tempoh di Seminari Major, beliau kembali ke Keuskupan Agung Kuala Lumpur dan menjadi Penaung atau Chaplain di St Francis Xavier Home iaitu sebuah pusat penjagaan warga emas di Cheras, Kuala Lumpur.

Uskup Agung Kuala Lumpur, Julian Leow mengatakan bahawa pengangkatan Uskup Agung Emeritus Soter sebagai kardinal merupakan sebuah penghormatan tertinggi dalam Gereja Katolik di Malaysia.

Uskup Agung Julian mengatakan bahawa secara umumnya, kardinal dipilih dari negara-negara yang mempunyai penduduk Katolik yang ramai. “Namun, kini, Paus Fransiskus telah memilih para kardinal dari negara-negara di mana Katolik adalah penduduk minoriti."

Julian tidak memikirkan bahawa pengangkatan Soter sebagai Kardinal disebabkan hubungan diplomatik di antara Malaysia dan Vatikan. Katanya, terdapat banyak negara yang mempunyai hubungan rasmi dengan Vatikan tetapi tidak mempunyai kardinal.

Beliau percaya bahawa pengangkatan Soter sebagai kardinal merupakan pengiktirafan terhadap pelayanan, usaha dan karya Uskup Agung Emeritus Soter selama ini dalam Gereja di Malaysia.

Total Comments:0

Name
Email
Comments