St Augustine raya Kaamatan buat julung kalinya

“Memang ramai di antara kita yang bukan petani malah tidak ada padi untuk dituai. Tetapi Pesta Menuai atau Kaamatan mengingatkan kita untuk selalu bersyukur kepada Tuhan,” kata Fr Wilfred Atin dalam sebuah perayaan baru-baru ini di Gereja St Augustine.

Jun 08, 2024

KINARUT:

Pada Mei 26 lalu, buat pertama kalinya, Gereja St Augustine merayakan Pesta Kaamatan peringkat paroki. Selama ini, St Augustine merayakan Kaamatan sebagai zon di paroki Penampang.

St Augustine diangkat menjadi paroki pada Februari 3, tahun lalu, di mana sebelum ini ia di bawah naungan paroki Penampang.
Paderi paroki, Fr Wilfred Atin merayakan perayaan Ekaristi bersama dua orang paderi dari Korea yang sedang melayani di Sabah.

Dalam ucapannya, Fr Wilfred juga menyebut tentang Perayaan Hari Kanak-Kanak Sedunia yang pertama juga sedang diadakan di Roma pada hari tersebut.

Paderi itu mengongsikan bahawa Sri Paus Fransiskus mengadakan Hari Kanak-kanak Sedunia untuk memupuk budaya berdoa di kalangan kanak-kanak dan agar kanak-kanak mempunyai hubungan akrab dengan Tuhan.

Sempena Pesta Kaamatan itu juga, paroki St Augustine mengajak umat untuk prihatin terhadap isu-isu ekologi.

Total Comments:0

Name
Email
Comments