St Joseph Plentong, sambut pertukaran dan perpisahan paderi

Pada Disember 15, 2024, satu jamuan makan tengah hari perpisahan telah diadakan untuk Fr Moses Yap OFM dan Fr Sixtus Pitah OFM.

Jan 18, 2025


PLENTONG:
Pada Disember 15, 2024, satu jamuan makan tengah hari perpisahan telah diadakan untuk Fr Moses Yap OFM dan Fr Sixtus Pitah OFM.

Kedua-dua paderi ini telah melayani di Gereja St Joseph, Plentong selama beberapa tahun. Fr Moses melayani di Gereja tersebut pada tahun 2015 sehingga penghujung Disember 2024 manakala Fr Sixtus Pitah telah melayani di St Joseph selama dua penggal.

Sebelum majlis, Magnificat atau Kidung Maria dinyanyikan diikuti doa pembukaan yang dipimpin oleh Fr Moses.

Hampir 500 umat menghadiri majlis tersebut. Pelbagai lagu telah dipersembahkan, bermula daripada pasukan konsert Evangelical yang memainkan semula lagu The Children of God & Love, Peace, Joy dibimbing oleh Fr Moses untuk mewujudkan suasana menari dan memuji Tuhan bersama orang ramai di dalam dan di luar dewan.

Kemudian, koir dan belia Mandarin terus menyanyikan lagu-lagu pujian serta beberapa lagu penenang jiwa sebagai tanda berterima kasih kepada Fr Moses dan Fr Sixtus.

Para pelajar Katekismus Inggeris menyanyikan lagu Adven, “Await The Lord with Hope " dan lagu Krismas “What Child Is This?”

Akhir sekali, tarian moden yang dipersembahkan oleh kanak-kanak Katekismus kumpulan Bahasa Melayu.

Pengerusi PPC, En Joseph Pong berterima kasih kepada Fr Moses atas semangat yang tinggi dalam pelayanan dalam pertumbuhan iman dan pembelajaran.

Dan pengerusi Kerasulan berbahasa Mandarin, En Paul Ho mewakili komuniti Mandarin menyatakan perasaan syukur dan pada masa yang sama, sedih serta berat hati umtuk berpisah dengan dua orang paderi itu.

Fr Moses telah menubuhkan Legion of Mary (LOM) Mandarin dari sebuah kumpulan kini menjadi enam kumpulan.

Pada penghujung Disember 2024, satu lagi kumpulan Legion of Mary (LOM) dari komuniti berbahasa Melayu telah melafazkan ikrar ‘Aku janji’ sebagai ahli LOM.

Fr Moses dalam ucapannya, sering mengingatkan bahawa para misionari adalah seperti awan di langit dan angin yang meniupkan awan ke suatu tempat dan kemudian ke tempat lain. Oleh sebab itu, apabila tiba masanya, paderi akan berpindah ke tempat lain untuk terus menyebarkan Khabar Gembira Tuhan.

Fr Moses juga menjelaskan bahawa peranan seorang paderi memberi makan kepada domba-domba Tuhan dan memelihara mereka, tidak kira di mana sahaja mereka berada.

Paderi itu juga mengalu-alukan Fr Matthew Bun, yang menjadi paderi paroki baharu Gereja St. Joseph, Plentong berkuat kuasa Januari 1, 2025. Christine H Lee

Total Comments:0

Name
Email
Comments