Sukarelawan beri harapan di gurun kemiskinan

Pakaian seragam pendarfluor beribu-ribu sukarelawan di Roma untuk Jubli Sukarelawan Sedunia begitu menonjol di Dataran Sto Petrus semasa perayaan Ekaristi yang dipimpin oleh Kardinal Michael Czerny.

Mar 22, 2025

Sri Paus Fransisksus masih dirawat dihospital namun mengirim pesan dan menyediakan homili untuk Misa Jubli bagi para sukarelawan pada Mac 9 di Dataran Sto Petrus.


TAKHTA SUCI:
Pakaian seragam pendarfluor beribu-ribu sukarelawan di Roma untuk Jubli Sukarelawan Sedunia begitu menonjol di Dataran Sto Petrus semasa perayaan Ekaristi yang dipimpin oleh Kardinal Michael Czerny. Tiga puluh ribu orang mengambil bahagian dalam Misa Hari Minggu pertama Pra-Paskah dengan memakai jaket berwarna-warni, telah mencipta tontonan kromatik, bersama dengan pakaian liturgi ungu yang dipakai untuk musim Pra- Paskah.

Lebih seratus orang peraya Misa, termasuk kardinal, uskup dan paderi, datang untuk liturgi yang dipimpin oleh Kardinal Michael Czerny, ketua Dikasteri Untuk Mempromosi Pembangunan Manusia.

Bapa Suci memberi tugas kepada Kardinal Czerny untuk memimpin Misa setelah kerana berada di hospital sejak Februari 14. Tetapi kehadiran rohani Bapa Suci dalam kalangan mereka dilambangkan dalam sepanduk kepausan dengan jata kepausan yang dipaparkan di tengah-tengah Basilika Sto Petrus.

Terima kasih kepada para sukarelawan
Sri Paus Fransiskus telah menyediakan teks homili sempena acara meriah itu. Ia dibacakan oleh Kardinal Czerny. Sri Paus memberi tumpuan kepada permulaan perjalanan Pra-Paskah dan mengalu-alukan kedatangan para sukarelawan dari seluruh dunia yang melawat Roma sempena Tahun Jubli.

Bapa Suci mengimbas kembali perkhidmatan dan komitmen mereka yang banyak membantu kehidupan orang lain, meskipun ia “mungkin gerak isyarat kecil di padang pasir kemiskinan dan kesepian” tetapi ia membantu manusia “berkembang di taman yang impian Tuhan yang selalu hadir untuk kita semua di mana sahaja.”

“Saya berterima kasih kepada anda dengan sungguhsungguh, kawan-kawanku yang dikasihi, kerana kalian mengikuti contoh Yesus, anda melayani jiran-jiran anda tanpa mementingkan diri. Di jalan-jalan dan di rumah, menemani orang sakit, orang yang menderita dan yang dipenjarakan, dengan orang muda dan orang tua, kemurahan hati dan komitmen anda menawarkan harapan kepada seluruh masyarakat.”

Yesus menunjukkan jalan melalui padang pasir
Mengulas mengenai Injil pada Hari Minggu tersebut, Sri Paus mengimbas kembali godaan yang dihadapi oleh Yesus di padang pasir, di mana Dia “dipimpin oleh Roh.”

Dan perjalanan Pra-Paskah kita bermula di sini, dengan mengikuti Tuhan ke padang gurun, berkongsi pengalaman serta menjadikan pengalaman itu bermanfaat bagi kita.

Kerana dalam “tempat berdiam diri” yang menjadi “tempat mendengar”, keupayaan untuk mendengar adalah “menghadirkan ujian” di mana kita harus memilih “antara dua suara yang sama sekali berbeza.” Di padang pasir, Yesus mengalami kelaparan dan tergoda oleh kata-kata syaitan, tetapi Dia menolaknya.

“Kita juga tergoda, namun tidak bersendirian. Yesus ada bersama kita, untuk membimbing kita melalui padang pasir. Anak Tuhan yang dibuat manusia tidak hanya memberi kita contoh bagaimana untuk memerangi kejahatan. Dia memberi kita sesuatu yang lebih besar: kekuatan untuk menentang serangannya dan bertahan dalam perjalanan kita.”

Tiga aspek godaan Yesus
Dalam homilinya, Sri Paus Fransiskus menerangkan tiga aspek godaan terhadap Yesus.

Aspek pertama: permulaan godaan, “Tuhan tidak pergi ke padang pasir untuk menunjukkan kekuatan kehendak-Nya, tetapi daripada keterbukaan-Nya kepada Roh Bapa, yang diterima-Nya dengan hati terbuka.” Aspek kedua: godaan ialah kejahatan yang berperingkat dan bermatlamat. “Iblis menyerang kebebasan kita terlebih dahulu, menyerangnya dari dalam, seperti bayang-bayang dalaman dan ancaman yang berterusan.”

“Setiap kali kita meminta Tuhan supaya tidak membawa kita ke dalam godaan, kita perlu ingat bahawa Dia telah menjawab doa itu melalui Yesus, Firman yang dijelmakannya, yang tetap bersama kita. Tuhan dekat dengan kita dan merawat kita, terutama pada masa-masa godaan dan ketidakpastian, ketika Iblis membuat suaranya didengar.”

Aspek terakhir: “bapa segala kebohongan dan kejahatan iaitu Iblis tahu Firman Tuhan tetapi tidak memahaminya seperti yang telah dilakukannya kepada Adam di Taman Eden. Namun Yesus adalah Adam yang baharu, Adam baharu di padang pasir.”

Yesus mengalahkan kejahatan dan menebus kita
Bagaimana Yesus mengalahkan Ibils? Melalui hubungan- Nya dengan Tuhan, Bapa-Nya. Iblis adalah orang yang memisahkan dan membahagikan, sedangkan Yesus adalah orang yang menyatukan Tuhan dan manusia, pengantara. Dan Iblis ingin memusnahkan ikatan itu.

“Yesus menjadikan hubungan yang merangkumi semua orang, tanpa mengecualikan sesiapa dan Dia memberikan kita hadiah untuk dikongsi dengan dunia iaitu keselamatan untuk kita. Namun, Iblis sentiasa berusaha menggoda kita untuk percaya bahawa Tuhan jauh daripada kita, dan akan menggoda kita untuk berputus asa. Tetapi, Yesus sentiasa menarik agar semua lebih dekat kepada kita, memberikan hidup-Nya untuk penebusan dunia.

Yesus mengalahkan kejahatan dan menebus kita. Yesus “mengalahkan kejahatan”. Dia menangkis godaan. Dia mengusir Iblis. Dan seperti yang dikatakan oleh Injil, “Si penggoda akan kembali untuk menggoda Dia dan menunggu peluang.

Oleh sebab itu, si penggoda kembali lagi ketika Yesus di bukit Golgota. Iblis menggoda Yesus agar turun dari salib. Tetapi, dalam misteri Paskah, Kematian dan Kebangkitan- Nya, Yesus mengalahkan kuasa jahat. Bagi kita, kita juga tidak akan selalu dapat menangkis godaan. Tetapi kekalahan kita tidak muktamad, kerana setiap kejatuhan kita, Tuhan mengangkat kita dengan cinta dan pengampunan-Nya yang tidak terhingga. Ujian kita tidak berakhir dengan kegagalan, kerana, dalam Kristus, kita ditebus dari kejahatan!” Media Vatikan

Total Comments:0

Name
Email
Comments