Tanpa pertaubatan, kita akan binasa!

Pada suatu hari Yesus mendengar berita, bahawa di Galilea sejumlah orang beribadat dengan mengadakan korban.

Mar 22, 2025

HARI MINGGU
PRA-PASKAH 3
(TAHUN C)
Kel 3:1-8a, 13-15
1Kor 10:1-6, 10-12
Luk 13:1-9

Pada suatu hari Yesus mendengar berita, bahawa di Galilea sejumlah orang beribadat dengan mengadakan korban. Rupanya apa yang terjadi ialah kekacauan sehingga penguasa Romawi mengadakan tindakan keras dan membunuh sejumlah orang. Darah mereka dicampurkan dengan darah binatang-binatang korban.

Orang menyangka, orang-orang itu dibunuh, kerana dosa-dosa mereka lebih besar daripada orang-orang Galilea lainnya. Yesus menegaskan: Tidak! Bukan demikian! Ramai orang berpendirian, bahawa keadaan hidup yang susah, termasuk bencana alamiah, disebabkan oleh dosa-dosa manusia (kitab Ayub).

Tetapi Yesus menegaskan bahawa semua orang adalah pendosa. Kerana itu diperlukan pertaubatan.

Demikian pula isi berita tentang bencana lain di Yerusalem, di mana 18 orang mati kerana ditimpa menara dekat Siloan yang jatuh roboh.

Tidak ada hubungan langsung antara peristiwa di Galilea dan di Yerusalem tersebut. Namun ada kesamaan ajaran dan pesan yang ingin disampaikan oleh Yesus, iaitu pertaubatan.

Penderitaan dan bencana, bahkan kematian yang dialami orang, bukanlah bukti bahawa mereka itu pendosa dan dosanya lebih besar dari lainnya!

Memang ada pendosa-pendosa yang dihukum Tuhan di dunia ini. Tetapi adanya hukuman itu bukanlah bukti, bahawa dosa orang yang dihukum di dunia itu lebih besar atau berat dosanya!

Yesus mahu mengingatkan kita, bahawa hukuman yang sebenarnya ialah hukuman kekal sesudah kematian! Ukuran yang dipakai ialah sejauh mana setiap orang sungguh hidup dengan semangat bertaubat.

Yesus menggunakan perumpamaan tentang pohon ara. Setiap orang di seluruh dunia adalah pohon ara yang dimaksudkan oleh Yesus.

Semua orang adalah pendosa. Tetapi sekali gus Yesus menekankan, bahawa kerahiman atau belas kasihan Tuhan untuk mengampuni adalah tidak terbatas! Meskipun demikian, manusia harus mempersiapkan diri untuk menerima belas kasihan Tuhan.

Waktu untuk persiapan itu, iaitu waktu untuk hidup manusia sangat terbatas dan tidak sama. Tetapi belas kasihan Tuhan adalah lebih besar daripada besarnya dosa manusia!

Tuhan tidak akan mengampuni dosa apapun, betapa besar atau kecilnya, apabila tidak ada pertaubatan.

Yesus Kristus adalah pengantara Tuhan dan manusia. Tetapi Dia tidak akan menolong siapapun, apabila tidak ada pertaubatan. Dengan kata lain, orang tidak akan diselamatkan, apabila dia tidak mahu diselamatkan! Dalam perumpamaan tentang pohon ara dalam Injil hari ini pohon-pohon ara itu adalah orangorang Yahudi, tetapi juga kita semua! Yang menanam adalah Tuhan.

Dimaksudkan dan diharapkan agar pohonpohon itu tumbuh, berkembang dan berbuah. Bila tidak berbuah, akan ditebang. Si pengurus kebun dalam perumpamaan itu adalah Yesus.

Yesus yang mahu menyelamatkan pohon-pohon ara itu, iaitu kita sekalian. Dia meminta kepada Tuhan, agar diberi waktu secukupnya kepada kita untuk bertumbuh dan berkembang dengan baik. Kita diberi kesempatan yang cukup dalam hidup kita untuk berganti sikap, untuk serius terhadap nasib kekal kita kelak di kemudian hari.

Apabila tidak berhasil, hal itu bukan disebabkan oleh ketidakadilan Tuhan melainkan kerana kesalahan kita sendiri. Maka pohon-pohon tidak berbuah itu akan ditebang.

Tuhan memberi waktu dan kesempatan kepada kita untuk berganti secara mendasar untuk sungguh mahu hidup sebagai orang Kristian sejati.

Kita diundang untuk sungguh-sungguh menyedari makna hidup kita sebagai orang Kristian yang sudah dibaptis. Dan dalam segala kelemahan kita, kita selalu diingatkan akan belas kasihan Tuhan yang tiada batasnya.

Hidup beragama sejati, atau hidup rohani yang autentik sekadar melakukan ibadat atau ritualisme melulu! Msgr F.X Hadisumarta O.Carm

Total Comments:0

Name
Email
Comments