Tiga Gereja di Keuskupan Agung KL catat kes positif COVID-19

Tiga Gereja di bawah jagaan Keuskupan Agung Kuala Lumpur iaitu Gereja St Joseph Sentul, Gereja St Jude Thadeus Rawang dan Gereja Divine Mercy Shah Alam mencatatkan 'kehadiran' Covid-19.

Apr 16, 2021

KUALA LUMPUR: Tiga Gereja di bawah jagaan Keuskupan Agung Kuala Lumpur iaitu Gereja St Joseph Sentul, Gereja St Jude Thadeus Rawang dan Gereja Divine Mercy Shah Alam mencatatkan 'kehadiran' Covid-19.

Di dalam kenyataan bertulis bertarikh 14 April, Paderi Paroki Gereja Divine Mercy, Fr Gerard mengatakan salah seorang umat (bukan umat paroki) yang hadir pada Misa sempena Pesta Kerahiman Ilahi telah disahkan positif Covid-19.

Umat itu disahkan dijangkiti Covid-19 pada 12 April. Semasa menghadiri Misa pada 11 April, suhu tubuh yang diambil sebelum Misa  tidak mempunyai petanda demam. Dipercayai beliau dijangkiti di tempat kerja.

Umat itu juga mematuhi SOP semasa menghadiri Misa Pesta Kerahiman Ilahi, di mana beliau menjaga jarak, tidak bersentuhan fizikal dan melakukan sanitasi sebelum memasuki Gereja.

Pihak Gereja Divine Mercy juga telah melakukan sanitasi Gereja selepas Misa Kudus Pesta Kerahiman Ilahi dan selepas Misa jam 7.00 petang pada 11 April. 

Di St Jude Thaddeus Rawang, dua orang umat paroki yang menghadiri Misa Kudus Perkahwinan pada 10 April disahkan  positif Covid-19.

Semasa menghadiri Misa perkahwinan itu, suhu tubuh kedua-dua orang umat itu adalah normal.

Hanya selepas beberapa hari kemudian, mereka mempunyai tanda demam atau rasa tidak selesa lalu mengambil ujian Covid-19. ujian.

Fr David Arulanatham, paderi paroki Gereja St Jude Thaddues juga menjalani kuarantin kendiri di rumah paroki dan menyeru agar mereka yang menghadiri Misa Kudus perkahwinan pada 10 April lalu untuk menjalani ujian jika mempunyai sebarang tanda jangkitan.

Seorang umat Gereja St Joseph Sentul yang disahkan positif Covid-19 juga telah menghadiri Misa perkahwinan (10 April) jam 10.00 pagi, Misa Senja, 10 April dan Misa Kudus Hari Minggu 11 April jam 9.30 pagi. 

Menurut Fr George Packiasamy, umat yang positif Covid-19 itu menjalani ujian pada 12 April.

Semasa menghadiri Misa pada 10 dan 11 April, beliau tidak mempunyai tanda demam. Fr George dalam suratnya bertarikh 14 April mengatakan bahawa pihak Gereja mematuhi dan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dalam membantu menjejak kontak

Total Comments:0

Name
Email
Comments