Tinggal dalam firman Tuhan

Ada tradisi kuno yang menceritakan tentang hari-hari terakhir masa hidup Yohanes Penginjil.

Apr 30, 2021

HARI MINGGU PASKAH 
TAHUN B
KISAH PARA RASUL 10:25-26,34-35,44-48; 
1 YOHANES 4:7-10;  INJIL YOHANES 15:9-17

Ada tradisi kuno yang menceritakan tentang hari-hari  terakhir masa hidup  Yohanes Penginjil. 

Dia hidup begitu lama sehingga  sangat lemah. Ketika ada pertemuan, dia harus dipimpin ke tempat pertemuan orang-orang beriman. 

Oleh kerana sudah terlalu lemah,  dia tidak dapat lagi menyampaikan  nasihat-nasihat yang panjang.  Maka setiap kali ada pertemuan,  dia selalu mengulang kata-kata ini:  “Hai anak-anakku, kasihilah satu  sama lain.”

Murid-muridnya sudah pun  mendengar kata-kata yang sama  lalu bertanya mengapa dia suka  mengulang-ulangi kata-kata yang  sama itu. Lalu Yohanes memberikan jawaban berikut: “Lakukanlah  ini saja dan itu sudah cukup.”

Biasanya diperlukan sesuatu  tragedi untuk menyatukan manusia  itu agar dekat dan saling memerlukan antara satu dengan yang lain.  Orang biasanya hidup bersamasama tahun demi tahun namun tertutup di dalam dunianya sendiri  sehinggalah terjadi sesuatu kejadian yang membahayakan diri mereka. Apabila sesuatu trajedi berlaku,  barulah mereka sedar bahawa  mereka memerlukan sesamanya  dan baru mengetahui bahawa  mereka sebenarnya adalah satu  keluarga besar yang tidak boleh  dipisahkan. 

Dalam keadaan seperti ini, barulah mereka menghargai sesamanya  serta saling tolong menolong dan  murah senyuman. 

Ini bererti bahawa kegembiraan  di dunia ini bukan terdapat pada  segala kejayaan dan harta milik  kita, tetapi terdapat hanya di dalam  kehangatan perhubungan manusia  yang didasari dengan cinta kasih  yang ikhlas. 

Biasanya kita dikurung oleh  kepentingan peribadi kita sehingga  hubungan kita dengan sesama terputus. Hanya melalui sentuhan  tangan-tangan yang hangat dan  mahu bersahabat dapat membebaskan kita daripada penjara yang kita  ciptakan sendiri.

Walaupun dunia zaman sekarang ini tidak pernah ‘tidur’ kerana  manusia sentiasa sibuk dan aktif  siang dan malam, namun sebenarnya pada era ini, ramai yang  terasa sunyi dan keseorangan. 

Ramai pakar sakit jiwa mengatakan bahawa kebanyakan pesakitpesakit jiwa yang datang kepada  mereka lebih mengasihi binatang  peliharaan mereka. Lelaki biasanya sangat rapat dengan anjing dan  perempuan lebih suka pada kucing. 

Malah ada yang lebih ekstrem  lagi, mereka suka pada binatangbinatang yang buas dan berbisa  seperti ular, buaya, harimau, labahlabah dan lain-lain lagi. Apakah  kenyataan ini tidak menyedihkan  kita semua? Namun apakah kita  memarahi mereka jika mereka  menyalurkan kasih mereka terhadap binatang demi cintakasih yang  tidak mereka temui dari sesamanya?

Yesus mahu para rasul-Nya  menyedari bahawa mereka adalah  “dahan-dahan” kayu daripada  ‘pohon kayu’ yang sama. Maka  dengan demikian mereka  seharusnya membentuk sebuah  komuniti yang berasaskan cinta  kasih. 

Bagi Yesus, pengikut-Nya yang  kesepian itu tidak ada di dalam  kamus-Nya. Buah-buah yang  diingini oleh Kristus di dalam kita  adalah kesatuan, keharmonian di  antara sesama kita. 

Tetapi apabila orang lain melihatpada komuniti kita, apakah  mereka sungguh dapat melihat kita  ini datangnya daripada pohon yang  sama? Bahawa kebaikan yang terdapat pada diri seseorang di dalam  komuniti itu adalah kebaikan daripada komuniti.

Seandainya kita tidak saling  mempedulikan satu sama lain atau  lebih teruk lagi kita memutuskan  hubungan kita daripada komuniti  kita, maka tidakkah ianya menjadi  jelas kepada dunia bahawa kita  sebenarnya sudah tertanggal daripada pohon sebenarnya iaitu Yesus  Kristus?

Kristuslah yang menyatukan  kita. Sebab Kristus adalah pohon  yang memberikan kita sebagai  ranting-ranting-Nya, kesegaran  hidup. 

Melalui sikap kepedulianan dan  keharmonian di antara kita, orang  lain dapat mengenal bahawa kita  bersatu dengan Kristus. Jangan  tunggu sampai kita mengalami  bahaya yang mengencam kehidupan kita untuk mengalami realiti  kehidupan yang dikehendaki Yesus  itu. 

Memang kehidupan saling  mempedulikan, mengasihi dan  harmoni dengan sesama ini merupakan suatu ideal, tetapi bukan inikah yang sungguh diperlukan oleh  manusia masa kini? 

Saudara dan saudarai, mungkin  selama ini anda sudah menyimpan  beberapa niat yang ingin anda laksanakan bagi kebaikan sesama,  mungkin dalam bentuk ungkapan  terima kasih, ungkapan meminta  maaf atau mungkin sebagai tanda  cinta kasih dan keprihatinan. Khas  untuk minggu ini, pilihlah salah  satu sahaja niat tersebut dan laksanakan dengan segera. —  imanKatolik

Total Comments:0

Name
Email
Comments