Tuhan memahami turun naik semangat kita
Tuhan dan alam memberi kita kebenaran untuk kadang-kadang berkata, “mari kita cepat-cepat selesaikan hal ini”, dan kadang-kadang untuk tergesa-gesa menyelesaikan suatu hal agar tidak terlepas permulaan permainan. Lebih-lebih lagi, selain mengambil perhatian akan pasang surut tenaga kita, masih ada sudut lain yang lebih penting untuk kita perhatikan.
Sep 15, 2023
Seseorang pernah bertanya kepada Sta Therese dari Lesieux, adakah salah tertidur semasa berdoa. Jawabannya: Sudah tentu tidak. Seorang kanak-kanak kecil sangat menghiburkan ibu bapanya baik semasa dia terjaga atau tidur – tetapi mungkin ibu bapanya lebih terhibur apabila dia tidur!
Jawaban itu sangat mesra dan comel tetapi ada kebijaksanaan mendalam. Jawaban itu biasanya dianggap gurauan atau tidak sampai kepada kita di mana Tuhan memahami keadaan manusia dan memberi kita kebenaran suci untuk menjadi manusia, meskipun pada masa menghadapi komitmen manusia dan rohani yang paling penting.
Baru-baru ini, saya tertarik beberapa perkara dalam homili yang saya dengar.
Seorang pengkhutbah yang adalah paderi berdedikasi, mencabar kita dengan idea bahawa Tuhan harus sentiasa yang pertama dalam hidup kita. Pada ketika itu, homilinya masih di takat yang baik.
Tetapi kemudian dia menceritakan kekecewaannya apabila dia mendengar umat berkata: “Mari pergi ke Misa Senja Sabtu supaya esok kita bebas.” Atau apabila seorang paderi berkata, “Baiklah, hari ini kita singkatkan sahaja, sebab permainan akan bermula pada waktu tengah hari !”
Menurut paderi itu, ungkapan-ungkapan seperti itu adalah pengkhianat atau racun dalam hidup doa. Benarkah demikian?
Mungkin ya mungkin tidak. Komen seperti umat dan paderi yang didengar itu mungkin diucapkan kerana rasa malas, ketidakpedulian rohani, atau memilih keutamaan yang salah.
Atau mungkin ia sekadar ungkapan keletihan manusia yang normal dan boleh difahami — keletihan yang difahami dan dibenarkan oleh Tuhan, Sang Pengarang sifat semulajadi manusia.
Mungkin atau selalunya, kita mempunyai kenaifan tentang hal-hal rohani. Kita menyangka dalam hal rohani kita harus sentiasa bertenaga dan bersemangat tinggi.
Sebagai contoh, bayangkan sebuah keluarga yang, dengan niat yang terbaik, memutuskan bahawa untuk memupuk kebersamaan keluarga mereka lalu bersetuju untuk membuat makan bersama setiap petang.
Makan bersama itu harus dihadiri oleh semua ahli keluarga dengan sifat positif selama sembilan puluh minit, setiap petang.
Doakan mereka berjaya! Untuk beberapa hari, acara ini dapat memupuk kebersamaan dan akan ada kegembiraan setiap kali mereka berhimpun; tetapi, tidak lama kemudian, ia akan menjadi sesuatu yang mengerah tenaga mereka, dan mungkin ramai di antara ahli keluarga itu yang bersungut di dalam hati, mari kita hentikan aktiviti ini buat seketika atau bolehkah kita pendekkan masa malam ini kerana ada permainan pada jam 7.00 petang.
Memang, sikap ini boleh mengkhianati niat murni dan tujuan asal acara tersebut; tetapi, ungkapan itu mungkin hanya kerana disebabkan keletihan biasa.
Tiada seorang pun daripada kita dapat mengekalkan tenaga dan semangat yang tinggi selama-lamanya.
Hidup kita adalah maraton, bukan pecut. Itulah sebabnya adakalanya baik untuk mengadakan jamuan yang panjang tetapi ada masanya, ia lebih membahagiakan jika kita sekadar mengambil hotdog dan pergi dari situ.
Tuhan dan alam memberi kita kebenaran untuk kadang-kadang berkata, “mari kita cepat-cepat selesaikan hal ini”, dan kadang-kadang untuk tergesa-gesa menyelesaikan suatu hal agar tidak terlepas permulaan permainan. Lebih-lebih lagi, selain mengambil perhatian akan pasang surut tenaga kita, masih ada sudut lain yang lebih penting untuk kita perhatikan.
Tenaga yang bersemangat atau kekurangannya tidak semestinya menentukan makna. Kita boleh melakukan sesuatu kerana ia memberi makna penting kepada kita – atau kita boleh melakukan sesuatu kerana hal itu sendiri adalah penting, ia bergantung kepada perasaan kita pada hari itu. Terlalu kerap, kita tidak memahami perkara ini.
Lebih-lebih lagi, selain mengambil perhatian akan pasang surut tenaga kita, masih ada sudut lain yang lebih penting untuk kita perhatikan. Tenaga yang bersemangat atau kekurangannya tidak semestinya menentukan makna.
Kita boleh melakukan sesuatu kerana ia memberi makna penting kepada kita — atau kita boleh melakukan sesuatu kerana hal itu sendiri adalah penting, ia bergantung kepada perasaan kita pada hari itu.
Terlalu kerap, kita tidak memahami perkara ini. Sebagai contoh, dengar jawapan yang sering diberikan oleh orang ramai apabila menjelaskan mengapa mereka tidak lagi pergi datang untuk melayani di Gereja, mungkin mereka menjawap, “ia tidak bermakna apa-apa kepada saya.”
Apakah mereka tidak tahu bahawa dengan datang ke Gereja juga sudah memberi makna. Ia bergantung pada perasaan kita pada hari itu.
Makna pelayanan Gereja adalah bergantung kepada kita, ia sebenarnya sama seperti melawat ibu anda yang semakin tua. Anda melawatnya bukan kerana anda sentiasa bersemangat untuk menjenguknya atau kerana berasa bersalah jika tidak berkunjung. Tidak.
Anda melakukannya kerana wanita sakit itu adalah ibu anda yang semakin tua dan ini adalah sifat semula jadi Tuhan dan kematangan yang mendorong kita untuk melakukannya.
Perkara yang sama berlaku dalam acara makan malam keluarga itu tadi. Anda tidak akan selama-lamanya bersemangat dan gembira menghadiri acara itu setiap malam. Anda datang kerana ini adalah cara keluarga mengekalkan kehidupan bersama mereka.
Akan ada masa apabila anda datang dengan tenaga yang tinggi dan menghargai masa serta tempoh makan malam itu. Tetapi akan ada masa lain apabila, walaupun menyedari bahawa acara itu adalah penting, anda akan mahu cepat-cepat menyelesaikan acara itu atau melirik sekilas pada jam tangan anda dan mengira pukul berapa permainan bermula.
Jadi, kitab suci kita memberi nasihat ini, elakkan bersama seperti kawan-kawan Ayub.
Sebagai nasihat rohani, elakkan orang yang baru mengenal kerohanian, orang yang terlalu alim, kemanusiaan yang terlalu naif, pasangan yang sedang berbulan madu, orang yang baharu memeluk agama dan sekurang-kurangnya separuh daripada semua ahli liturgis dan pemimpin ibadat.
Manual sebenar tentang perkahwinan tidak pernah ditulis oleh pasangan pada bulan madu mereka dan manual sebenar tentang doa tidak pernah ditulis oleh seseorang yang beriman bahawa kita harus sentiasa bersemangat dalam doa sepanjang masa.
Cari mentor rohani yang dapat mencabar anda untuk mengelakkan diri daripada mementingkan diri sendiri dan bangkit dari kemalasan, walaupun dia sekali sekala memberi kebenaran ilahi untuk berundur kerana letih.
Seorang wanita atau lelaki yang sama-sama berdoa, sama-sama diberkati Tuhan, sama ada mereka bersemangat atau letih – atau mungkin lebih apabila letih. — Hakcipta Terpelihara 1999-2023 @ Fr Ron Rolheiser
Total Comments:0