Tuhan mengkehendaki kita mengubah kejahatan kepada kebaikan

Presiden Episkopal CHARIS Malaysia, Uskup Sebastian Francis menyampaikan perutusan sempena Hari Malaysia ke-58 selepas Misa Kudus yang dirayakan dalam talian di Katedral St Francis Xavier, Keningau.

Sep 18, 2021

Presiden Episkopal CHARIS Malaysia, Uskup Sebastian Francis menyampaikan perutusan sempena Hari Malaysia ke-58 selepas Misa Kudus yang dirayakan dalam talian di Katedral St Francis Xavier, Keningau.

Ketua Keuskupan Pulau Pinang itu memulakan ucapannya dengan petikan Ester 4:14: "Justeru untuk saat-saat seperti inilah engkau telah dipilih..”

“Sudah hampir dua tahun, pandemik telah menggemparkan seluruh dunia. Dan ini pasti memberi pengaruh negatif terhadap pandangan kita tentang cara Tuhan bekerja. Namun, sebagai umat Kristus kita dipanggil untuk tetap teguh semakin bersandar kepada-Nya.

Prelatus itu memetik Kejadian 50:20 yang menyatakan tentang iblis yang berniat jahat melalui pandemik ini tetapi Tuhan mengizinkan dan mengubah kejahatan menjadi baik bagi manusia. Benar, banyak percubaan dan penderitaan yang dialami semasa pandemik tetapi kita juga telah menyaksikan rahmat dan belas kasihan Tuhan yang melimpah. Kalau semua umat manusia memahami, menyedari kehendak dan pergerakan Tuhan, saya berharap, lekaslah kembali kepada Tuhan!

“Bagi kita yang menyedari Roh Kudus sedang bekerja, mari terus berkarya agar semua orang menyedari keajaiban dan karya Roh Kudus. Datanglah Roh Kudus, seperti satu pentakosta baharu. Dengan pentakosta baharu, datanglah penginjilan baharu. Oleh itu, inilah masanya, bagi kita semua umat di Malaysia, bangkitlah seperti kata Rasul Paulus, “Berdirilah saya telah menetapkan kamu untuk perkara yang telah kamu lihat (Kis 26:16).

Total Comments:0

Name
Email
Comments