Tujuh petua kenabian

Dalam kerasulan Kristian, kita semua dipanggil untuk menjadi kenabian, menjadi penyokong keadilan, untuk membantu memberi suara kepada orang miskin, dan mempertahankan kebenaran.

May 19, 2023

Dalam kerasulan Kristian, kita semua dipanggil untuk menjadi kenabian, menjadi penyokong keadilan, untuk membantu memberi suara kepada orang miskin, dan mempertahankan kebenaran.

Tetapi tidak semua daripada kita, sama ada disebabkan oleh sikap atau kerjaya tertentu, dipanggil untuk membantah peraturan sivil yang tidak adil, me-nyertai demonstrasi awam, dan mengangkat piket seperti Dorothy Day, Martin Luther King, Daniel Berrigan, dan tokoh-tokoh kenabian yang lain.

Semua kita diminta untuk menjadi kenabian, tetapi bagi sesetengah orang, perkara ini lebih kepada menggunakan besin dan tuala (seperti yang dilakukan oleh Yesus ketika Dia mencuci kaki para rasul pada malam perjamuan terakhir).

Terdapat cara yang kuat kenabian yang walaupun kelihatan tenang dan peribadi, tetapi boleh mengubah sesuatu.

Bagaimana? Dengan melakukan sama seperti mereka yang berjuang dalam nama Yesus, berani menempuh risiko dituduh tidak taat pada peraturan sivil.

Apakah peraturan kenabian itu?

Pertama, seorang nabi melafazkan kaul kasih, bukan mengasingkan diri.

Terdapat perbezaan kritikal antara menimbulkan masalah dan menawarkan nubuat berdasarkan kasih.
Ada perbezaan sama ada kita beroperasi secara iman dan harapan atau secara ego.

Seorang nabi berisiko untuk disalah faham tetapi mereka tidak pernah berhenti, dan seorang nabi selalu berusaha agar berbelas kasihan bukannya bertindak dengan hati yang marah.

Kedua, perjuangan seorang nabi bersumber kepada Yesus, bukan dari ideologi. Ideologi boleh membawa banyak kebenaran dan menjadi penyokong tulen untuk keadilan.

Tetapi, seseorang boleh menjauhkan diri dari ideologi kerana menyangka ideologi itu hanya sebuah semata-masa, sebagai politik yang tepat dan mereka merasa tidak mengapa jika menolak kebenaran-kebenaran yang dibawa oleh ideologi tersebut.

Ramai orang yang sering menjauhkan diri dari kumpulan-kumpulan asasi seperti Greenpeace, Feminisme, atau Teologi Pembebasan, Teori Perlumbaan Kritikal, dan banyak ideologi lain yang sebenarnya membawa banyak kebenaran kerana kebenaran tersebut dibaluti di dalam ideologi.

Orang yang ikhlas tidak akan menjauhkan diri daripada Yesus. Dalam perjuangan kita untuk keadilan dan kebenaran, kita mesti sentiasa berwaspada agar kita hanya ‘mengambil’ kebenaran dari Injil dan bukan dari beberapa ideologi.

Ketiga, seorang nabi komited untuk tidak melakukan ke-ganasan.

Seorang nabi sentiasa berusaha untuk melucutkan senjata secara peribadi dan bukannya bersenjata, seperti kata Daniel Berrigan, seorang penjenayah yang tidak berdaya pada masa jenayah berleluasa.
Seorang nabi mengambil berat akan sabda Yesus ketika Dia bertanya kepada kita, semasa meng-hadapi keganasan, memberikan pipi yang satu lagi kepada musuh atau orang lain. Seorang nabi melahirkan kebenaran eschatologi bahawa di syurga tidak akan ada senjata.

Keempat, seorang nabi mengartikulasikan suara Tuhan untuk orang miskin dan bumi.

Apa-apa aktiviti penyebaran agama, ajaran dan tindakan politik yang tidak baik bagi kaum miskin, bukanlah Injil Yesus Kristus. Yesus datang untuk membawa berita baik kepada orang miskin, kepada “janda, anak-anak yatim, dan orang asing” (kod alkitabiah untuk kumpulan yang paling lemah dalam masyarakat).

Seperti yang pernah dikatakan oleh Pastor Forbes: Tiada siapa yang pergi ke syurga tanpa surat rujukan daripada orang miskin. Kita tidak dimaksudkan untuk menjadi gereja yang sentiasa harmoni.

Kelima, seorang nabi tidak memalsukan masa depan tetapi dengan menamakan masa kini dari segi visi Tuhan tentang sesuatu dalam kebenaran.

Seorang nabi membaca di mana Tuhan berada dalam kehidupan seharian, berfungsi melihat ke-setiaan atau kebutaan kita kepada Tuhan dan berfungsi menyatakan masa depan kita dari segi rancangan Tuhan untuk kita. Inilah cabaran kita untuk membaca tanda-tanda zaman.

Keenam, seorang nabi bercakap di luar ufuk harapan. Seorang nabi menarik visi dan tenaganya bukan dari pemikiran yang berhajat atau dari keyakinan, tetapi dari harapan.

Dan harapan Kristian tidak berdasarkan sama ada keadaan dunia ini adalah lebih baik atau lebih buruk pada hari tertentu.

Harapan Kristian adalah berdasarkan janji Tuhan, janji yang telah dipenuhi dalam kebangkitan Yesus, yang memberi jaminan kepada kita bahawa kita boleh mengamanahkan diri kita untuk mengasihi, kebenaran, dan keadilan.

Ketujuh, hati dan perjuangan nabi tidak dimaksudkan untuk sekumpulan minoriti sahaja. Yesus memberi jaminan kepada kita bahawa di rumah Bapa-Nya terdapat banyak bilik.

Nubuat Kristian mesti memastikan Tuhan adalah Tuhan bagi semua orang dan tidak ada orang atau kumpulan yang dapat menjadikan Tuhan sebagai kepunyaan mereka sendiri sahaja.

Akhirnya, seorang nabi tidak hanya bercakap atau menulis tentang ketidakadilan, seorang nabi juga bertindak dan ber-kerya dengan keberanian, walaupun menghadapi risiko kematian.

Nabi adalah tokoh kebijaksanaan, seorang Majus atau ahli fikir, yang akan bertindak meskipun risiko akan kehilangan rakan, kehilangan prestij, kehilangan kebebasan, atau membawa bahaya kepada kehidupannya sendiri.

Seorang nabi mempunyai kasih sayang, harapan, dan keberanian altruistik yang cukup untuk bertindak, tidak kira apa risikonya. Seorang nabi tidak pernah mencari kematiran sebaliknya menerima-nya jika ia menemuinya.

Nasihat terakhir ini, saya percaya, yang paling mencabar bagi nabi-nabi yang “tenang”. Orang yang bijak dikenali ramai bukan kerana mereka ikut menyertai bantahan berpiket, sebaliknya melalui caranya mengadapi cabaran.

Seorang nabi dapat melihat pada masa apa sesuai untuk berjuang dengan mengambil tuala serta besin sebagai lambang kerendahan hati – dan bila masa yang tepat untuk meletakkan ‘besin dan tuala’ dan memilih piket untuk berjuang. -- Hakcipta Terpelihara 1999-2023 @ Fr Ron Rolheiser

Total Comments:0

Name
Email
Comments