Ulang Tahun LOM ke-100 di KK, menjadi wajah Gereja yang peduli

Lebih 600 ahli Legion of Mary (LOM) berkumpul untuk meraikan Ulang Tahun ke-100 LOM di Gereja Mary Immaculate, Bukit Padang, Sept 3 lalu.

Sep 23, 2022

Perwakilan Komitium, Kuria dan presidium membawa masuk panji-panji ke dalam Gereja.


KOTA KINABALU:
Lebih 600 ahli Legion of Mary (LOM) berkumpul untuk meraikan Ulang Tahun ke-100 LOM di Gereja Mary Immaculate, Bukit Padang, Sept 3 lalu.

Sambutan satu abad itu dirayakan di seluruh dunia pada Sept 7, tahun lalu, namun disebabkan pandemik, ia terpaksa ditangguhkan.

Selepas negara beralih ke fasa endemik dan sekatan ditarik balik tahun ini, LOM tempatan mula berkumpul untuk aktiviti fizikal pertama mereka.

Perayaan Ulang Tahun ke-100 LOM ini diraikan dengan Misa Kudus yang dipimpin oleh Uskup Agung John Wong dan Fr Gilbert Marcus, Pembimbing Rohani kerasulan LOM, Fr Paul Lo, dan Fr Saimon William.

Presiden, Komitium Kota Kinabalu, Sdri Margaret Ng berkata, “Kami sangat bersyukur kerana kami dapat melakukannya sebelum ulang tahun ke-100 berakhir!”

Hadir sama dalam acara ini ialah Pemimpin Umum, Kongregasi Sisters of the Immaculate Conception (FSIC), Mother General Frances Mani, ahli-ahli Komitium Kota Kinabalu, empat kuria, 15 senior dan tiga praesidium junior dari seluruh Keuskupan/Agung Kota Kinabalu dan Sandakan. — sumber Catholic Sabah

Total Comments:0

Name
Email
Comments