Umat KUK Pamilan rai ulang tahun imamat Fr Roney Mailap

Tahun yang lebih bermakna bagi Fr Roney Mailap apabila mampu meraikan Ulang Tahun Pentahbisan Imamatnya yang ke sembilan dengan perayaan Ekaristi, disusuli fellowship pada 28 April lalu.

May 07, 2021

TENOM: Tahun yang lebih bermakna bagi Fr Roney Mailap apabila mampu meraikan Ulang Tahun  Pentahbisan Imamatnya yang ke  sembilan dengan perayaan Ekaristi,  disusuli fellowship pada 28 April  lalu. 

Misa Kudus itu telah diadakan  di Gereja St Peter, KUK Pamilan  dan bermula tepat pada jam 6.30  petang. Misa itu dipimpin oleh Fr  Roney sendiri dan dibantu oleh Paderi Paroki Tenom, Fr Ronnie Luni  dan Fr Anthony Mikat.

Semasa homilinya, Fr.Roney  Mailap menceritakan pengalaman  panggilan kepaderiannya, bahawa  dia juga pernah mengalami krisis  iman. Krisis yang disebabkan ketaksubannya mencari fakta-fakta  tentang iman dan gereja sehingga  terlupa kepada perkara asas yang  terpenting iaitu relasi yang benar  dengan Yesus Kristus. 

“Tidak dinafikan bahawa belajar doktrin agama kita itu penting,  namun Yesus itu lebih besar dari  agama itu sendiri, maka untuk memampukan kita mengalami pertemuan dengan Yesus. Kita harus  percaya dan datang kepada-Nya,"  jelas Fr.Roney.

Ketika menyampaikan ucapannya, Fr Ronnie Luni mengucapkan  tahniah kepada Fr.Roney di ulang  tahun pentahbisan imamatnya.  Ucapan terima kasih juga disampaikannya kepada semua umat khusus umat di KUK Pamilaan, yang  dipengerusikan oleh Puan Venadita  Extacia, kerana telah membuat persiapan rapi. 

Selesai Misa Kudus, perayaan  ulang tahun diteruskan dengan fellowship yang dimulakan dengan  persembahan multimedia yang menayangkan detik-detik pelayanan  Fr.Roney sepanjang sembilan tahun  ini.

Ulang tahun imamat Fr Roney  ini turut dirayakan dengan acara  memotong kek bersama Sr Lucynia  Jeprin, yang menyambut hari kelahirannya. — Juanis bin Marcus

Total Comments:0

Name
Email
Comments