Umat St Anthony raikan Hari Paroki dengan menjangkau kaum miskin

Umat Paroki Gereja St Anthony merayakan Hari Paroki mereka dengan menjangkau gelandangan dan orang miskin di sekitar Kuala Lumpur.

Jun 17, 2022


KUALA LUMPUR: Umat Paroki Gereja St Anthony merayakan Hari Paroki mereka dengan menjangkau gelandangan dan orang miskin di sekitar Kuala Lumpur.

Pada 11 Jun, selepas Misa Senja, lebih 40 orang umat dan sukarelawan yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan, berangkat ke kawasan-kawasan seperti Central Market, Lebuh Ampang, Masjid Jamek, Jalan Chow Kit dan Brickfield.

Dengan meredah hujan, mereka membahagi-bahagikan 150 bungkusan yang mengandungi selimut, air mineral dan barangan makanan kepada para gelandangan.

Inisiatif yang dianjurkan oleh BECCOT paroki ini bermatlamat mahu melakukan sesuatu yang bermakna dan berbeza dari Hari Paroki yang biasa dirayakan sebelum ini.

Meneladani Santo Antony dari Padua yang memiliki rasa kasih dan prihatin mendalam terhadap kaum miskin, umat Paroki sepakat mendekati komuniti gelandangan di sekitar Kuala Lumpur.

Usaha murni para umat ini turut disertai oleh Paderi Paroki, Fr Dr Clarence Devadass. Dua objektif telah dapat dicapai dalam misi belas kasihan ini iatu umat Katolik telah membawa sinar gembira di kalangan kaum papa dan semangat berpasukan menyatukan umat dari pelbagai komiti pelayanan, bangsa dan bahasa.

Total Comments:0

Name
Email
Comments